APRILIA Tuareg 660 melakukan debut sempena Pameran Motor Milan (EICMA) 2019 dalam kotak kaca dikelilingi tumbuhan bagi mengaburi pandangan pengunjung.
Model advencer itu dikesan sedang menjalani ujian enduran sebelum pelancaran rasmi kelak. Imej bocor itu menunjukkan Tuareg 660 dalam bentuk pra pengeluaran. Ia dikatakan menggunakan enjin 660cc Parallel-Twin, sama seperti digunakan Aprilia RS660 dan Tuono 660.
Rekabentuk motor dikatakan separuh daripada enjin V4 yang memberi kuasa kepada superbike RSV4. Kemungkin Tuareg 660 bakal berkongsi versi kuasa 90hp dengan Tuono 660 yang sesuai untuk tunggang jalan biasa dan ditala untuk jentera advencer. Tentunya tunggangan lancar dipadankan dndengan mod Rain dan Off Road menerusi teknologi ride-by-wire.
Bercakap mengenai elektronik, Tuareg 660 bakal dilengkapkan ciri bantuan tunggangan. Salah satu daya tarikan platform 660cc ialah teknologi tinggi dan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi. Ini bermaka model ini bakal didatangkan dengan kawalan traksi miring sensitif, ABS selekoh dan banyak lagi.
Kelibat rim 21 inci didapati sama seperti model pameran di EICMA lalu. Ini bermakna Tuareg 660 ialah jentera dual-sport yang bakal bersaing dengan KTM 790 Adventure R dan Yamaha Tenere 700.
BACA >>> Paten Aprilia Tuono 660 Didedahkan, Dijangka Lancar Hujung Tahun Ini
BACA >>> #Spyshot: KTM 250 Adventure (2021) Dikesan dengan Rupa Lebih Jelas
Di bawah ini ialah Tuareg 660 ketika debut di EICMA 2019.
SUMBER: AsphaltAndRubber
Leave a Reply