• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis

Honda Wave Alpha (2020) Vietnam Kini dengan Lampu Nyala Automatik Tanpa Suis

September 30, 2020 By Aryon Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam baru saja melancarkan Wave Alpha (2020) versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan rekaan grafik baharu, manakala rekabentuk asal kapcai ini dikekalkan.

Perubahan paling signifikan ialah lampu depan automatik yang mana kapcai ini menjadi model pertama Honda di Vietnam mengunakan ciri tersebut. Malah pesaing seperti Yamaha atau Piaggio juga masih tidak menggunakan teknologi itu pada produk masing-masing.

BACA >>> #BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!


Jadi model Honda baharu nanti tiada lagi suis lampu disediakan. Ini bermakna lampu depan akan terus menyala sebaik saja enjin dihidupkan dan tidak boleh dipadamkan.  Sebenarnya teknologi lampu menyala automatik ini sudah lama diwajibkan  pada motosikal di Malaysia sejak lebih 10 tahun dulu.

Keseluruhan, Wave Alpha (2020) mengekalkan rekabentuk sama seperti generasi terdahulu. Model ini dilengkapkan kunci multifungsi untuk mengunci bahagian leher, termasuk kunci elektrik, dan kunci magnetik. Walaupun tidak semoden kunci pintar, tetapi sistem kunci ini mudah digunakan dan sesuai untuk kebanyakan penunggang di Vietnam.

Kapcai ini dijana enjin silinder tunggal 110cc berkuasa 8.2hp @ 7,500rpm dan tork 8.44Nm @ 6,000rpm, manakala kelajuan maksimum 92kmj dan ada lima pilihan warna ditawarkan.

Harga jualan ialah 17.79 juta dong (RM3,201), tidak berubah berbanding model lama dan akan berada di pasaran bermula 10 Oktober ini.

Di Vietnam, Wave Alpha (2020) akan bersaing dengan Yamaha Sirius, harga 18.8 juta dong (RM3,380) dan abangnya Honda Blade, harga 18,8 juta dong (RM3,380).

BACA >>> Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang

GALERI
honda-wave-alpha-vietnam-2020-1
honda-wave-alpha-vietnam-2020-7
honda-wave-alpha-vietnam-2020-2
honda-wave-alpha-vietnam-2020-3
honda-wave-alpha-vietnam-2020-4
honda-wave-alpha-vietnam-2020-6
honda-wave-alpha-vietnam-2020-5

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda Vietnam, Honda Wave Alpha (2020), Kapcai, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev