• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari Omologata Milik Pelanggan Eropah Ini Hanya Ada Satu Unit Sahaja di Dunia

Ferrari Omologata Milik Pelanggan Eropah Ini Hanya Ada Satu Unit Sahaja di Dunia

September 29, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAN wang anda boleh dapatkan sebuah Ferrari. Dengan wang dan citar asa pula anda boleh memesan sebuah Ferrari yang hanya dihasilkan untuk anda seorang sahaja.

Inilah Ferrari Omologata yang ditempah seorang pelanggan Eropah yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan bermula peringkat lakaran.

BACA >>> Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k

Omologata sebenarnya dibina berasaskan 812 Superfast, tetapi hanya beberapa komponen seperti cermin depan dan lampu utama dikekalkan. Projek ini dimulakan dengan mengambil ilham warisan perlumbaan hingga sains fiksyen dan senibina moden.

Pasukan pereka diketuai Flavio Manzoni yang mana badan kereta dihasilkan menggunakan buatan tangan dan daripada aluminium. Profil kedudukan dan karakter jentera dikaji terperinci dan hasilnya ialah model yang nampak seperti mahu menerkam jalan walaupun dalam keadaan statik.

Ferrari Omologata.04
Ferrari Omologata.06
Ferrari Omologata.07
Ferrari Omologata.08
Ferrari Omologata.09

Omologata tidaklah terlalu agresif, dengan menampilkan elemen malar segar dan rekabentuk signatur sebuah jentera Itali. Bahagian belakang mempunyai spoiler yang bukan saja membantu daya mendap untuk efek aerodinamik, tetapi turut memberikan gaya lebih agresif dan sporty.

Rosso Magma dipilih untuk warna kereta ini yang turut tampil dengan grafik perlumbaan. Ruang dalaman mengetengahkan perincian kemasan yang ada kaitan dengan warisan perlumbaan Ferrari. Suasana kabin tanpa skrin sukuan belakang mengimbas era lama.

Kerusi digunakan berwarna biru elektrik dengan kombinasi kulit dan fabrik Jeans Aunde, manakala pemandu 'diikat' pada tali keledar 4-poin. Satu lagi ciri menarik ialah kemasan cat retak (crackled) yang diguna pada komponen besi papan pemuka dan stereng ala kereta lumba GT era 50-an dan 60-an.

BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta

Ferrari Omologata.11
Ferrari Omologata.12
Ferrari Omologata.10

Kemasan unik lain ialah kesan cat bercorak (hammered), yang biasa digunakan 250 LM dan 250 GTO, diaplikasi pada bahagian dalam hendal pintu dan panel kawalan.

Ferrari tidak mendedahkan angka kuasa Omologata. Sebagai rujukan, enjin 6.5L V12 pada 812 Superfast  meledakkan kuasa 789hp dan tork 718Nm. Harga juga tidak didedahkan dan kereta tempahan khas seperti ini biasanya bernilai luar biasa.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Ferrari F8 Spider Kini di Malaysia, Harga Mula RM1.2 Juta

Ferrari Omologata.01
Ferrari Omologata.02
Ferrari Omologata.03
Ferrari Omologata.04
Ferrari Omologata.05
Ferrari Omologata.06
Ferrari Omologata.07
Ferrari Omologata.08
Ferrari Omologata.09
Ferrari Omologata.10
Ferrari Omologata.11
Ferrari Omologata.12

Related

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Ferrari, Ferrari Omologata, Kereta Sport, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev