• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Koperal Polis Kena Reman Tipu Beri Diskaun Saman

Koperal Polis Kena Reman Tipu Beri Diskaun Saman

September 25, 2020 By Azizi H 2 Comments

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG koperal polis direman empat hari selepas disyaki menipu seorang pemandu lori dalam urusan pembayaran saman trafik di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal (foto bawah) berkata, suspek polis berusia 45 tahun itu ditahan jam 7.30 malam dan didapati positif dadah Metamfetamin.

Kejadian 17 September lalu itu melibatkan mangsa berusia 46 tahun yang mahu membuat semakan saman anaknya dan mendapati keseluruhan saman berjumlah RM1,120. Suspek yang bertugas di Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kemudian menawarkan bantuan menyelesaikan saman itu dengan meminta bayaran RM500.

Nik Ezanee berkata, mangsa mendakwa suspek mengaku mengenali rakan anggota di Trafik Bukit Aman yang dapat membantu dia mengurangkan jumlah saman tersebut dengan mengenakan bayaran RM500.

Bagaimanapun, selepas tiga hari memasukkan jumlah wang seperti diminta ke dalam akaun suspek, mangsa mendapati saman anaknya itu masih belum selesai .

Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Nik Ezanee turut menasihatkan orang awam menyemak saman masing-masing secara atas talian atau di mana-mana kaunter Trafik (Cops) seluruh negara.

SUMBER : SinarHarian

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, diskaun saman, Kaunter Trafik, Koperal Polis Tipu Saman, PDRM, Saman Polis

Comments

  1. Mshuk says

    September 26, 2020 at 8:33 AM

    Isu ni mmg berlaku dibanyak tempat
    Kadang kadang masa nk masuk balai..anggota dh bertanya..

    Reply
  2. Sangar says

    October 16, 2020 at 9:19 PM

    Tuan/Puan bila akan ada tawaran diskaun saman JSPT lagi untuk 2020 ?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my