• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Harga Toyota Hilux (2020) Didedahkan, Bermula RM93k

Harga Toyota Hilux (2020) Didedahkan, Bermula RM93k

September 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

625
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor mengumumkan harga Toyota Hilux (2020) yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini pada harga bermula RM92,880.

Hilux edisi 2020 ini menampilkan dua varian baharu, iaitu Double Cab 2.4 E (AT) dan Double Cab 2.8 Rogue (AT) yang menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition. Varian Double Cab 2.4 V (AT) pula ialah model naik taraf varian Double Cab 2.4 G (AT), manakala L-Edition tidak lagi ditawarkan. Varian manual juga kekal ditawarkan menerusi Double 2.4 G dan Single Cab 2.4.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?

Berikut senarai lima varian dan harga Hilux (2020):

  • Toyota Hilux Single Cab 2.4 (MT) - RM92,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 G (MT) - RM111,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 E (AT) - RM108,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.4 V (AT) - RM133,880
  • Toyota Hilux Double Cab 2.8 Rogue (AT) - RM146,880 (pembeli awal akan dapat diskaun RM2,000).

Ada tujuh pilihan warna pilihan ditawarkan, iaitu:

  • Bronze Mica Metallic (warna baharu)
  • Crimson Spark Red Metallic
  • Attitude Black Mica
  • Phantom Brown Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Silver Metallic
  • Super White II

Selain penampilan lebih segar, trak pikap popular Malaysia ini turut menerima kemas kini bahagian dalaman dan prestasi. Lampu depan kini jenis Bi-LED dengan lampu kabus LED. Ruang kabin disegarkan dengan meter optitron dan paparan multi-info (MID), sil pintu iluminasi dan stereng kuasa VFC (Variable Flow Control) yang meningkatkan aspek pengendalian pada halaju tinggi.

Tidak ketinggalan ciri Connectivi-T, terdiri daripada Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto. Aspek prestasi pula dijana enjin 2.8L turbo yang dibangunkan untuk tugasan berat dengan pam minyak dua tahap untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Walaupun Hilux generasi kelapan sudah sedia menerima rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP, Toyota meningkatkan lagi ciri keselamatan trak pikap ini menerusi tambahan teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (untuk 2.8 Rogue), terdiri daripada: Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Yaw dan Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).

Hilux (2020) baharu ini dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana satu tiba dulu).

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?
BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

GALERI

Related

625
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Toyota, Toyota Hilux, Toyota Hilux (2020), Toyota Safety Sense, Trak pikap, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my