• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Superbike Benelli Bakal Guna Enjin 4-Silinder 1,000cc Milik MV Agusta?

Superbike Benelli Bakal Guna Enjin 4-Silinder 1,000cc Milik MV Agusta?

September 23, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI pada pertengahan September lalu ada mengeluarkan foto acah enjin 4-silinder yang menarik perhatian peminat dan pemerhati dunia permotoran.

Model manakah yang bakal menerima enjin tersebut? Adakah kemunculan enjin itu bermakna Benelli atau syarikat induk, QJ Motor sudah menandatangani perjanjian dengan pengeluar motosikal lain?

Jawapan itu kini terjawab, QJ Motor dikatakan menjalin kerjasama strategik dengan MV Agusta.

Di bawah perjanjian itu, QJ Motor diberikan mandat mengedar produk MV Agusta di China. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov berkata:

Saya gembira dengan kerjasama mengembangkan produk MV (Agusta) ke pasaran China. Ini rancangan jangka panjang yang akan menjadikan MV Agusta sebagai jenama motosikal premium Itali nombor satu di China dalam tempoh lima tahun akan datang.

"QJ (Motor) ialah pemain global terkemuka dalam hal skala, keberadaan pasaran dan standard kualiti. Saya yakin, perjanjian ini dijangka mengalahkan pelan komersial akan datang. Kami juga mengembangkan kolaborasi penting lebih lanjut dalam bidang industri yang akan segera diumumkan."

Benelli 752s ialah model Benelli bersesaran paling besar setakat ini.

Pengurus Besar Qianjiang Motor Co, Dongshao Guo,  menambah:

MV Agusta ialah jenama terkenal dunia dengan sejarah panjang dan menjadi teman lama serta rakan kongsi Qianjiang Motorcycle. Kerjasama ini tidak hanya kombinasi kuat perniagaan dua belah pihak, tetapi juga pengenalan lebih lanjut jenama dan idea satu sama lain.

"Diharapkan pada masa akan datang kami dapat bekerjasama menghadirkan lebih banyak motosikal prestasi tinggi yang mudah ditunggang pelanggan China. Rancangan kami adalah menghasilkan motosikal lebih bebas, mesra alam, dan lebih ghairah."

Dalam usaha merealisasikan kerjasama strategik itu, QJ Motor merancang memperkenalkan motosikal 4-silinder 1,000cc untuk jenama Benelli. Foto acah Benelli mendedahkan enjin yang akan digunakan itu sangat mirip dengan enjin MV Agusta yang lama.

Ia seperti enjin yang digunakan pada superbike F4 generasi kedua 998cc terakhir dalam bentuk 1078cc di Brutale. 

BACA >>> Benelli Leoncino 800 (2020) Lancar di China, Harga Mula RM33.7k
BACA >>> Benelli RFS150i Perkenal Grafik, Warna Baharu dengan Tambahan Versi SE!

Related

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, benelli, Dongshao Guo, MV Agusta, QJ Motor, roda2, Timur Sardarov

Comments

  1. Jan says

    September 24, 2020 at 2:13 PM

    kalau masuk malaysia, boleh pasarkan harga bawah 100k baik jgk ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev