• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Rompak Bersenjata Tengah Lebuh Raya

Kena Rompak Bersenjata Tengah Lebuh Raya

September 23, 2020 By Azizi H Leave a Comment

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial mengenai insiden jurujual syarikat pengedar emas dan rakannya dirompak bersenjata sekumpulan lelaki yang memandu trak pikap Toyota Hilux di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), kelmarin, 21 September.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, insiden berlaku jam 3:35 petang ketikan mangsa dalam perjalanan dari Jalan Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi melalui lebuh raya itu.

BACA >>> Awas Taktik Baru Perompak Bermotosikal! Tunjuk, Henti dan Samun

"Dua kereta jenis Hilux hitam menahan kereta mangsa, kemudian seramai tiga suspek bersenjatakan parang memecahkan cermin kereta itu.

"Suspek menarik mangsa dan rakannya keluar dari kereta sebelum melarikan kenderaan itu bersama wang tunai dan emas," katanya dipetik Sinar Harian.

Zairulnizam berkata lagi, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin dipecahkan suspek. Menurut mangsa, semua suspek bertubuh besar dan memakai baju lengan panjang serta topeng ski.

BACA >>> Bawa Lori Menyamar Nak Pindah Barang, Rupa-Rupanya Nak Mencuri

Kereta mangsa kemudian dijumpai sudah dibakar di Damansara, Petaling Jaya dan polis kini sedang mengesan semua suspek terlibat.

Anggaran kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 03-229-7922.

SUMBER : SinarHarian | InfoRoadblockJPJ/Polis

Related

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Perompak, Perompak Hilux, Rompakan Bersenjata, Rompakan Lebuh Raya Sungai Besi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my