• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat....

YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat....

September 24, 2020 By Azizi H Leave a Comment

550
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDAH khabar daripada rupa. Seorang YouTuber dari Amerika menanggung kerugian puluhan ribu dolar akibat tertipu dengan produk supercar elektrik yang dibelinya secara atas talian dari China, bulan lalu.

Pemilik laman YouTube The Inja, asalnya mahu berkongsi pengalaman membeli supercar elektrik dari China, tetapi apa yang dia dapat ialah kereta elektrik jenis city car.

BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat

Dia nampak teruja ketika mahu mengambil kereta itu yang dibelinya pada harga kira-kira AS$40,000 (RM165,000). Dalam perjalanan, dia sempat meluahkan kebimbangannya kerana penjual kereta tersebut tiba-tiba menghilangkan diri lebih seminggu sebelum pesanan tiba.

BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

Kegusaran YouTuber itu akhirnya jadi kenyataan ketika dia dan rakannya membuka kotak kargo sebelum mendapati supercar dihantar itu sebenarnya cuma kereta elektrik kompak, Mini EV X2 yang berharga AS$4,500 (RM18,800) sahaja. Dia kemudian cuba menghubungi semula penjual kereta tersebut untuk mendapatkan ganti rugi, tetapi gagal.

Malah dia seakan cuba ditipu sekali lagi dengan penjual berkenaan menerusi transaksi pembayaran mencurigakan. Akhirnya dia berputus asa dan terpaksa menerima nasib yang wangnya itu 'hangus' begitu saja.

MALAYSIA JUGA ADA KES SCAMMER KERETA?

Ini pengajaran kepada semua supaya berhati-hati membeli kereta atas talian. Penipuan atau scam sebegini bukan isu baru kerana di Malaysia juga pernah kecoh suatu masa dulu. Malah kereta dijual juga jenis kereta elektrik berjenama sama yang dijual pada harga sangat murah.

Bagaimanapun, JPJ mendakwa kereta berkenaan tidak sah digunakan atas jalan Malaysia kerana tidak pernah menjalani ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

BACA >>> Mini EV X2 Masih Tiada VTA, Tidak Sah Pandu Atas Jalan Raya Awam

Pesanan kami kepada mereka yang mahu membeli apa saja jenis kereta secara atas talian, jangan sesekali berani lakukannya kecuali menerusi laman web rasmi pengeluar tersebut, atau platform diiktiraf.

Malah, Proton yang baru saja membuka pratempahan model baharu  X50 secara konvensional pun turut meminta pelanggan membuat tempahah di Pusat Proton rasmi sahaja. Ini kerana penipu sentiasa ada di mana-mana.

SUMBER : Facebook LADbible | YouTube The Inja

Related

550
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), Mat Saleh Kena Tipu, Penipu, Scammer Kereta Elektrik, Scammer Online, Scammer Supercar Elektrik, The Inja, YouTuber Kena Tipu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev