SELALU kita dengar komplen pasal beberapa aksesori atau alat ganti kereta berharga mahal. Tetapi faktanya, memang ada sebab kenapa barang yang bagus itu harganya sangat mahal. Apatah lagi berjenama terkemuka.
Ini kerana kos pembuatan barangan tersebut bukan sekadar material, tetapi turut melibatkan proses kajian dan pembangunan (R&D). Misalnya, Brembo yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai pengeluar komponen brek kenderaan ternama.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
Pengeluar dari Itali ini bukan saja mengeluarkan komponen dan alat ganti brek untuk kenderaan penumpang, tetapi juga jentera lumba sama ada ada kereta atau motosikal. Jenama ini biasanya terkenal dengan kaliper merah (atau kuning) dan lencana ikonik yang mudah dicam dari celahan rim.
Seperti sudah jadi kewajipan kepada pemilik kenderaan untuk menayangkan lencana 'Brembo' apabila keretanya dipasangkan komponen berjenama tersebut. Seakan satu bentuk kepuasan.
Ramai ingat Brembo cuma mengeluarkan produk untuk kereta berstatus mewah saja, tetapi sebenarnya pengeluar itu turut menghasilkan komponen untuk kereta penumpang biasa dalam kategori mampu milik.
Misalnya, pengedar eksklusif produk Brembo di Malaysia, Emerald Auto Parts ada mengeluarkan pad brek untuk Honda City, Perodua Myvi generasi pertama, Proton Saga FLX dan Toyota Vios pada harga serendah RM95.
Tak mahal sangatkan? Tetapi apa yang penting, Brembo langsung tidak berkompromi dengan aspek kualiti. Ada sebabnya kenapa anda perlu dapatkan pad brek jenama Brembo ini:
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?
1. KESELAMATAN MAKSIMUM
Barisan pad brek Brembo dibangunkan untuk memastikan keselamatan maksimum ketika membrek menerusi kawalan kualiti pada semua peringkat pengeluaran. Daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) hingga ujian, dan melepasi pengeluaran sebatian geseran dan proses mekanikal.
Hasilnya ialah produk pad brek Brembo yang spesial seperti berikut:
- Mampu memberikan jarak henti pendek dalam semua kondisi pemanduan, sekali gus menjanjikan keselesaan dan kesenyapan pemanduan yang maksimum.
- Ada lebih 1400 item, untuk lebih 98% parkir kereta Malaysia.
- Identiti pad brek yang mudah dicam.
- Mudah dipasang kerana ada banyak aksesori dan kit yang memudahkan ia dipilih sebagai pad brek pilihan.
- Mendapat pensijilan ECE-R90
2. GUNA BAHAN BERKUALITI, RAWATAN DAN PROSES KETAT
- Memiliki kualiti peralatan tulen (OE) menerusi penggunaan lebih 100 sebatian berbeza yang diperoleh daripada ujian makmal dan jalanan.
- Menggunakan metod rawatan haba permukaan bagi memastikan kecekapan maksimum walaupun beroperasi pada suhu paling tinggi berdasarkan spesifikasi teknikal OE.
- Mempunyai penebat haba antara pad, piston dan minyak brek untuk mengurangkan efek bising dan getaran.
- Dihasilkan menggunakan proses tekanan (pressing) acuan langsung OE yang mana material geseran melekap pada penyokong logam dengan ketepatan maksimum.
- Mendapat sokongan logam dengan shim yang berfungsi mengurangkan masalah kebisingan dan pada masa sama mengekalkan keselamatan pembrekan. Pelbagai lapisan shim (getah-keluli-getah) memastikan masalah bising dan getar dapat dikurangkan berterusan.
3. PEMBUNGKUSAN BERKUALITI
Pad brek Brembo direka untuk lasak dan tahan lama dengan penampilan moden dan dinamik. Setiap pek Brembo disediakan maklumat dan data teknikal, termasuk perincian laman web, ikon media sosial dan simbol pensijilan antarabangsa yang diiktiraf pelbagai pasaran dunia.
Juga ada kod QR yang membolehkan pengguna mengakses secara langsung video mengenai arahan pemasangan.
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Pad Brek yang Perlu Anda Tahu
Berminat dengan produk Brembo tulen ini di Malaysia? Apa kata hubungi Emerald Auto Parts di talian 012-638 9647 atau layari laman Facebook Emerald Auto Parts Sdn Bhd atau laman sesawang www.emerald-autoparts.com.
Ibu pejabat korporat Emerald Auto Parts terletak di No 31, Jalan 3/57B, Off Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
Leave a Reply