• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

#Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

September 15, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

558
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT kali pertama, Proton X50 ditayangkan kepada media semalam, sekali gus menjawab segala teka-teki mengenai rupa kenderaan utiliti sukan (SUV)  itu. Pengeluar nasional itu turut membuka tempahan X50 pada harga serendah RM500.

Namun, Proton masih merahsiakan harga dan tarikh pelancaran X50. Apapun, kami jangka SUV subkompak itu akan dilancarkan secara rasmi pada Oktober nanti.

X50 ialah SUV segmen-B yang mengambil  rekabentuk Geely Binyue (atau nama global Coolray) dan dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), dibangunkan Geely bersama Volvo Cars.

BACA >>> Proton X70: Bukan Sekadar Tukar Logo dan Stereng Kiri ke Kanan

Bagi pasaran Malaysia, X50 hadir ditawarkan dalam empat varian: Standard, Executive, Premium dan Flagship dalam pilihan dua varian enjin bersesaran sama, 1.5L.

Varian Standard, Executive dan Premium dipadankan enjin 3-silinder 1.5L Turbo berkuasa 148hp dan tork 226Nm, manakala varian Flagship berkuasa lebih tinggi, masih enjin 3-silinder 1.5L Turbo, tetapi jenis TGDI (175hp, 255Nm).

Lebih menarik, trenkuasa turbo biasa untuk tiga varian di atas ialah enjinpertama diperkenalkan X50 dan tiada pada mana-mana model Geely lain.  Kedua-dua enjin dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, sama seperti X70. Juga ada ciri menarik, iaitu sistem parkir automatik, sekali gus menjadikan X50 satu-satunya SUV yang menawarkan ciri itu dalam segmennya.

Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai X50, jom dengar reviu ringkas Abang Gan dalam video di atas!

BACA >>> Proton X50 Sudah Boleh Tempah, Serendah RM500! Inilah 24 Perkara Perlu Anda Tahu!

Related

558
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 proton x50, pandu uji proton x50, Proton X50, proton x50 vs proton x70, top speed proton x50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev