• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!

Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!

September 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

8.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKALI pandang penampilannya mirip dengan model superbike Jerman berkuasa tinggi. Ya, wajah sama namun nadi di bawahnya jauh berbeza. Mungkin ada yang menganggap model ini ialah BMW S1000RR, tetapi tidak.

Di China, pengguna yang tidak mampu memiliki produk mewah mereka ada pilihan lain. Sebagai contoh Landwind X7 merupakan alternatif bagi Range Rover dengan reka bentuk yang sama. Tiada yang pelik di China semuanya boleh kerana di sana undang-undang berkaitan plagiat tersangat longgar.

Walaupun pengilang automotif China didapati bersalah melakukan plagiatrism dalam hal reka bentuk dan berdepan dengan tuntutan undang-undang seluruh dunia nampaknya mereka tidak belajar dari keadaan itu bahkan masih meneruskan tren yang sama.

Kali ini dalam versi motosikal. Jentera yang anda lihat ini mirip dengan BMW S1000RR bukan saja dari segi reka bentuk bahkan padanan warna dan grafik diambil dari jenama Jerman itu. Dikeluarkan oleh syarikat Moto, model  S450RR itu baru sahaja dilancarkan menggunakan enjin sesaran sub-500cc.

Model Moto S450RR itu didatangkan dengan fairing, kluster lampu utama, skema warna, grafik badan bahkan lencana logo juga mirip jenama Jerman iu cuma di atasnya tertulis Moto. Seolah mereka tidak menyembunyikan fakta bahawa itu adalah model tiruan. Seperti kebanyakan jenama automotif China, tidak banyak maklumat yang tersedia mengenai Moto S450RR.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Label CE dan EN1621 untuk Sut Menunggang?

Moto-S450RR-BMW-S1000RR-8
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-7
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-6

Moto S450RR dikuasakan oleh enjin 450cc pancitan bahan api yang menghasilkan kuasa  24hp @ 6,500rpm dan tork 22Nm @ 7,000 rpm. Bahagian kaki pula didatangkan dengan suspensi terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Kemudian ia dilengkapkan dengan dual brek cakera di depan dan cakera tunggal di belakang bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.

Ciri peralatan lain termasuklah panel instrumen TFT, lampu depan/belakang LED dan bar hendal klip-on. Bahkan kemasan gentian karbon pada paip ekzos juga mengingatkan kita pada S1000RR. Manakala cermin sisi mirip Yamaha R1. Bagaimanapun, perbezaan besar antara model tiruan China dan Jerman adalah tanda harga.

Moto S450RR berharga 50 juta Dong Vietnam iaitu sekitar RM8939. Sedangkan S1000RR di Malaysia berharga sekitar RM116k.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW S1000RR (2020) Kini di Malaysia, Ansuran RM1,420 Sebulan Sahaja
BACA >>> Inilah 5 Superbike Paling Seksi 2020!

GALERI
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-1
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-8
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-2
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-3
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-4
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-5
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-7
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-6
Moto-S450RR-BMW-S1000RR-9

SUMBER: Motosaigon

Related

8.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW S1000RR, Moto S450RR, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev