SUBARU dan Mitsubishi ialah pengeluar terkenal dalam dunia rali suatu masa lalu yang berentap sengit dengan dua model hebat, Impreza dan Lancer Evolution.
Antara dua model itu, Impreza masih dikeluarkan yang mana peminat jentera prestasi ditawarkan varian WRX atau WRX STI. Istimewa untuk pengguna Amerika Syarikat (AS), STI S209 ditawarkan khas untuk pasaran negara itu dalam edisi terhad, 209 unit sahaja.
STI S209 dilancarkan subsidiari penuh Subaru Corporation, Subaru Tecnica International (STI) pada September 2019. Model ini ialah S-Line STI pertama dihasilkan eksklusif untuk pasaran AS.
Sebagai siri S-Line, model ini dipertingkat dari segi kuasa, pengendalian, aerodinamik dan penglibatan pemandu dengan pemasangan terakhir di Kiryu, Jepun. Proses modifikasi enjin dan badan STI S209 dibuat di sana yang perlu melepasi homologasi pasaran AS, sekali gus menjadikan model itu sebagai produk STI pertama dijual di negara itu.
S209 membawa tradisi prestasi tinggi model STI terdahulu, khas untuk pasaran Jepun, bermula S201 (2000) hingga S208 (2018). Berikut ciri STI S209 (2019):
BACA >>> Subaru STI Rai Ulang Tahun ke-30 - Antara Divisyen Prestasi Paling Digeruni
PRESTASI TRENKUASA
- Enjin boxer EJ25 2.5L Turbo berkuasa 341hp @ 6,400rpm dengan turbin dan kompresor lebih besar.
- Tekanan pendesak (boost) maksimum dipertingkat kepada 18.9psi (16.2 psi untuk WRX STI).
- Peningkatan tork pada julat sederhana, 447Nm @ 3,600 rpm. Lebih pantas ketika keluar selekoh apabila memandu di trek.
- Sistem ambilan (intake) aliran tinggi dengan salur masukan baharu, kotak induksi dengan penapis udara kon, salur inlet turbo silikon.
- Sistem semburan air untuk intercooler kawalan manual melalui pedal stereng.
- Lebih udara bermakna lebih bahan api. Mengunakan pam minyak (fuel pump) aliran tinggi, injektor minyak lebih besar dan modul kawalan enjin talaan STI.
- Peredam ekzos prestasi tinggi dengan 17 peratus kurang rintangan aliran udara. Paip ekzos diameter 101mm.
- Transmisi 6-kelajuan nisbah pendek (short ratio).
- Sistem pacuan empat roda Subaru Symmetrical All-Wheel Drive sepenuh masa dengan diferensial gelincir terhad (LSD) depan/belakang.
- Diferensial Pusat Kawalan Pemandu (Driver Controlled Center Differential, DCCD), Pemvektoran Tork Aktif (Active Torque Vectoring, ATV) dan Kawalan Dinamik Kenderaan Multi-Mod (Multi-Mode Vehicle Dynamics Control, MMVDC).
- Sistem SI-Drive dipertingkat dengan tiga mod pemanduan: Intelligent (I), Sport (S) dan Sport Sharp (S#).
PENGENDALIAN
- Suspensi khas Bilstein®, spring koil lebih keras, stabiliser 20mm.
- Sesendal (bushing) jenis pillow untuk pautan lateral (lateral links) depan dan belakang.
- Crossmember dan subfrem diperkuat.
- Bar tower depan fleksibel dan draw stiffenerfleksibel (depan, belakang).
- Bar tower depan dipisahkan dan disambung menggunakan bebola pillow di tengah.
- Tayar 265/35 Dunlop® SP Sport Maxx GT600A untuk musim panas sahaja.
- Tayar baharu Dunlop dibangunkan khas untuk S209.
- Rim aloi BBS 19x9.
- Brek cakera tebuk-silang (cross-drilled) Brembo. Kaliper brek 6-piston monoblok di depan dan 2-piston monoblok di belakang.
- Pad brek geseran tinggi.
KIT BADAN
- Spoiler bawah depan, belakang dan tepi.
- Sirip (canard) bampar depan dan panel bumbung gentian karbon.
- Sayap belakang.
- Kit lebar badan dengan tambahan ukuran baharu 72.4 inci, 1.7 inci lebih lebar daripada WRX standard.
- Fender lebar sepadan dengan tayar depan belakang atau tambahan 0.6 inci.
BAHAGIAN DALAMAN
- Stereng bentuk D dengan balutan Ultrasuede dan sulaman warna perak.
- Kerusi buket Recaro.
- Logo S209 pada perehat lengan dan kerusi.
- Nombor siri konsol tengah.
BACA >>> Subaru Levorg Prototype STI Sport Sambung Legasi Wagon Boxer Prestasi Tinggi
Leave a Reply