• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Thailand Lancar Khidmat Sembur Racun Guna Dron

Yamaha Thailand Lancar Khidmat Sembur Racun Guna Dron

September 15, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RUPA-rupanya Yamaha tidak hanya membuat produk untuk kegunaan atas darat dan air, tetapi juga di udara yang menjangkaui kawasan pertanian.

Siam Yamaha Motor Robotics (SYMR)  mengumumkan pelancaran khidmat penyemburan racun perosak di negara itu yang menggunakan dron perindustrian, Yamaha FAZER R bermula bulan lalu.

Khidmat itu turut menyumbang kepada pertanian lebih cekap selari dengan polisi Bangkok untuk menambah pengeluaran tebu dan jagung melalui kawalan rumpai dan perosak dipertingkat serta penggunaan penggalak tumbuhan dan penambah gula (sugar enhancers).

BACA >>> BFGoodrich Mint 400: Pengalaman Naik Helikopter Tengok Lumba Enduran di Las Vegas!

Yamaha FAZER-R.01
Yamaha FAZER-R.02
Yamaha FAZER-R.03

Pertanian ialah sumber ekonomi penting buat Thailand yang melibatkan ramai tenaga kerja. Pada 2015, negara jiran itu memperkenalkan garis panduan Thailand 4.0 yang mensasarkan pertumbuhan stabil seperti ekonomi maju, termasuk pendigitalan dan peningkatan produktivi dalam industri utama seperti pertanian dan kenderaan.

Pertanian di Thailand menggunakan sekitar 40 peratus tenaga kerja tempatan dan menyumbang kepada jumlah pengeluaran tebu keempat terbesar dunia. Ini meningkatkan permintaan terhadap aspek penyemburan berkecekapan tinggi menggunakan dron bagi mengawal rumpai dan perosak, selain memperbaiki kandungan gula dalam tebu.

Sejak 2015, Yamaha Motor melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) untuk mengembangkan penyelesaian penyemburan udara lebih cekap dan mencapai hasil lebih baik. Inisiatif tersebut dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand, termasuk Pejabat Jawatankuasa Tebu dan Gula (OCSB), perusahaan pembuatan gula dan pengilang racun perosak.

BACA >>> Anak Muda Jadi Juruterbang Dron Sembur Racun, Raih Pendapatan RM5k Sebulan

SYMR ialah syarikat pertama dilesenkan Kementerian Pengangkutan untuk penyemburan udara menggunakan pesawat tanpa pemandu di Thailand.

Berdasarkan spesifikasi, helikopter FAZER R (2018) digerakkan enjin OHV dwi-silinder 390cm³ dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 20.6kW (27.6hp) @ 6,000rpm. Dron ini memiliki saiz panjang 3,655mm, lebar 770mm dan tinggi 1,078mm, manakala diameter bilah utama 3,115mm dan bilah belakang 550 mm.

Dron bentuk helikopter itu mempunyai fungsi bantuan belok (turn assistance) yang memudahkan operasi dan meningkatkan tahap ketepatan penyemburan selain mengurangkan beban dan keletihan operator.

Dron Yamaha memudahkan kerja-kerja penyemburan untuk pertanian yang sebelum ini sukar dilakukan. Contohnya, penyemburan tebu dengan baja dan hormon bagi meningkatkan kualiti dan berat menjadi sukar apabila tanaman mencapai ketinggian tertentu.

Selain itu semburan penggalak bagi meningkatkan kandungan gula perlu dilakukan dengan cepat dalam jangka masa tertentu sebelum penuaian. Yamaha Motor sebenarnya ada lebih 30 tahun pengalaman dalam penyemburan kimia pertanian, khususnya padi.

BACA >>> Yamaha MOTOROiD - Motosikal AI yang Mampu Kenal dan Bercakap dengan Penunggang

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Siam Yamaha Motor Robotics (SYMR), Thailand, Yamaha, Yamaha FAZER R, Yamaha Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev