• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Berduyun-Duyun, SYM VF3i LE Tambah Lagi 5,000 Unit

Tempahan Berduyun-Duyun, SYM VF3i LE Tambah Lagi 5,000 Unit

September 11, 2020 By Admin PanduLaju 4 Comments

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings pada Mei lalu melancarkan SYM VF3i LE (Limited Edition) sebagai model edisi terhad yang cuma dikeluarkan 5,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, sambutan diterima di luar jangkaan yang menurut MForce Bike hampir 10,000 unit tempahan diterima sehingga hari ini. Susulan maklum balas menggalakkan itu, wakil pengeluar itu memutuskan menambah 5,000 unit lagi VF3i 185 LE yang menjadikan jumlah keseluruhan 10,000 unit hingga Disember depan.

VF3i 185 LE ialah kapcai pertama Malaysia yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan enjin dinaik taraf untuk keselamatan dan prestasi tunggangan optimum. Bahagian enjin ditala semula untuk meningkatkan rev kuasa kuda daripada 8,500rpm kepada 9,000rpm.

Ini membolehkan VF3i LE yang dijana enjin 185cc SOHC penyejukan cecair meledakkan kuasa baharu setinggi 19.7hp (meningkat 2hp, kuasa lama 17.7hp) dan tork 17.46hp @ 7,500rpm. Sistem transmisi kekal jenis klac manual 6-kelajuan.

Dijual pada harga RM9,338,  kapcai ini didatangkan dengan waranti kilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana satu tiba dahulu).

BACA >>> SYM VF3i LE - Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338
BACA >>> Honda Vietnam Lancar Winner X Facelift dengan Skema Warna Baharu, Harga RM8.2k

Related

6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad, Edisi Terhad, Kapcai, roda2, SYM VF3i LE

Comments

  1. Wan fadzly says

    September 13, 2020 at 5:44 PM

    Tak setuju tambahan.. Keluarkan varian lain dgn spefikasi yg hampir sama.. Sbb LE adalah LE..

    Reply
  2. Sanchez says

    September 14, 2020 at 3:17 PM

    buat naya sungguh pada member yg beli sebab igt limited edition.. kaahkahakkah...

    Reply
  3. CK TakataGreen says

    October 11, 2020 at 1:05 AM

    Adoii... Kemon la MForce.... Kate LE.... Tambah keluaran x jd la LE.... Pastu V3 lak kuar same spec ngan LE..... Tertipu betul ngan terma LE tu....

    Haduii... Rase nk menyesal jer.....

    Reply
  4. Netizen says

    March 22, 2021 at 10:32 AM

    xde pendirian langsung, Kate limited edition. Tapi tambah stok lagi.
    Wayang je lebih Lan J....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev