• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

September 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

18.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK semalam, ada dua rakaman video tular mengenai aksi seorang lelaki memarkir keretanya secara sisi (parallel parking) di atas jambatan konkrit yang merentangi longkang besar dan sangat sempit.

Kalau tersilap langkah, memang pemandu dan kereta dipandunya itu, jenis Toyota Innova putih, boleh terjunam ke dalam longkang. Namun, apa yang menakjubkan dia mampu masuk dan keluar parkir tersebut dengan selamat. Siapakah sebenarnya lelaki itu?

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?

* Video keluar parkir ada dalam komen video di atas. 

Lelaki itu ialah PJ Biju, seorang pemandu bas dari Kerala, India. Dia sebenarnya memandu pulang Innova milik kawannya untuk dicat semula dan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diparkir atas jambatan konkrit kerana berada dekat rumahnya. Video itu pula dirakamkan isterinya sendiri.

Bagi Biju, tiada masalah untuk mengawal Innova sepanjang 4.5 meter itu kerana dia sudah biasa memandu bas yang bersaiz berkali ganda lebih panjang hingga 12.5 meter.

Bercakap kepada agensi berita Manorama News, Biju berkata:

Saya sudah memandu bas setiap hari khususnya di laluan Ernakulam-Kannur sejak bertahun-tahun lamanya. Dan kenderaan itu 12.5 meter panjang.

"Jadi, ukuran panjang Innova tidak jadi masalah untuk saya. Apapun jenis kereta, kamu ada gambaran saiz kereta itu dalam fikiran. Ia sebenarnya ada kaitan dengan aspek pemahaman dan keyakinan."

park
park 2
park 3

Rakaman video yang menunjukkan cara  dia masuk dan keluar parkir itu mendapat lebih 50,000 tontonan di Twitter serta dikongsi ribuan warga maya. Malah Biju langsung tidak tahu isterinya sedang merakam aksi masuk-keluar parkir itu dan cuma sedar apabila sudah tular.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Teknologi Keselamatan Kenderaan Paling Top Masa Kini

SUMBER: DailyMail

Related

18.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Berita Dunia, Pemandu Innova Cekap Parkir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev