• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Geng KTM' Curi Motor Sejak 2013 Kantoi Sudah...

'Geng KTM' Curi Motor Sejak 2013 Kantoi Sudah...

September 10, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SINDIKET curi motosikal jenama KTM yang aktif sejak 2013 ditumpaskan berikutan penangkapan lapan suspek, termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan polis di tiga negeri, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, semua suspek ditahan berusia 29 hingga 42 tahun dan diberkas dalam serbuan berasingan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, membabitkan lapan motosikal curi dengan anggaran kecurian RM100,000 di kawasan parkir projek perumahan rakyat (PPR) di Bukit Jalil.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati sindiket itu sudah bergiat melakuakn aktiviti jenayah itu sejak 2013 sekitar Lembah Klang dengan mencuri kira-kira 100 motosikal menerusi pelbagai modus operandi seperti menggunakan gari dan pistol palsu untuk menyamar sebagai anggota pihak berkuasa.

"Sasaran utama ialah motosikal jenis KTM yang akan dileraikan sebelum menjual komponen motosikal sebagai alat ganti kerana komponen itu agak mahal,” kata Ismadi dipetik Bernama.

Selain mencuri motosikal, sindiket itu turut melakukan jenayah mencuri gajet dengan memecah cermin kenderaan yang ditinggalkan mangsa.

Menurutnya lagi, tujuh daripada lapan suspek ditahan memiliki rekod jenayah lama berhubung kes curi kenderaan, dan salah seorang masih dalam perintah pengawasan. Dalam operasi terbaharu itu, polis turut merampas tiga basikal, pelbagai peralatan curi motosikal dan pecah cermin kereta serta komponen motosikal dileraikan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

SUMBER: Bernama

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACP Ismadi Borhan, Auto Terkini, Curi Motosikal, jenayah, KTM, Sindiket, Sindiket Curi Motosikal KTM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev