• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Giliran Polis Pahang Pula Dapat Honda Civic 1.8 S

Giliran Polis Pahang Pula Dapat Honda Civic 1.8 S

September 9, 2020 By Azizi H Leave a Comment

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Pahang menerima 30 unit Honda Civic 1.8 S sebagai Kenderaan Peronda Polis (MPV) yang akan digunakan dalam kerja-kerja rondaan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, semua MPV baharu itu ialah tambahan kepada unit sedia ada, dan diagihkan ke IPD seluruh negeri mengikut tetapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Melalui penggunaan kereta peronda baharu canggih ini, kita harap akan meningkatkan lagi kecekapan anggota MPV terlibat dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya dipetik Sinar Harian.

BACA >>> Jika Benar Honda Civic Type-R Jadi Kereta Polis, Memang Mantap Habis!!!

Urusan penggunaan, penjagaan dan penyenggaraan MPV baharu itu dipertanggungjawabkan kepada Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah.

Abd Jalil berkata lagi, Polis Kontinjen Pahang juga sudah menerima beberapa kenderaan baharu pelbagai jenama sebelum ini seperti Toyota Hilux untuk kegunaan Ketua Polis Balai, Mitsubishi Outlander untuk kegunaan trafik, kenderaan membawa tahanan dan van untuk kenderaan penumpang.

Ini termasuk beberapa unit motosikal kuasa besar untuk kegunaan trafik, dan lori bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah berusia.

BACA >>> Polis Perak Dapat 44 Unit Honda Civic 1.8L

SUMBER : SinarHarian

Related

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Honda Civic, Kenderaan Peronda Polis (MPV), PDRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Kontinjen Pahang, Polis Pahang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev