UMW Toyota Motor bekerjasama dengan Maybank Islamic Berhad untuk menawarkan pelan kewangan istimewa kepada graduan yang berminat membeli model Toyota Vios, Yaris, Avanza atau Rush baharu.
Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-i (MVTF-i) menurut prinsipal Murabahah itu akan memberikan pilihan pembiayaan tambahan kepada graduan selain Pembiayaan Sewa Beli Islam mengikut Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB). Bagaimanapun, pakej pembiayaan tersebut hanya ditawarkan kepada pembeli di Semenanjung Malaysia sahaja.
Pembiayaan Murabahah adalah prinsip pembiayaan Islam yang mana jumlah gabungan dibiayai hingga 100 peratus. Jika memilih MVTF-i, pemohon juga perlu membeli bersama insurans nyawa dan kos lain seperti disebut di atas.
Sokongan ditawarkan itu juga menjadikan pengalaman pemilikan lebih dinikmati untuk beberapa tahun akan datang. Pembiayaan itu, ditawarkan kepada graduan ijazah dengan syarat seperti berikut:
- Berumur antara 21 dan 30 tahun.
- Sudah bekerja sekurang-kurangnya enam bulan.
- Gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Bagaimanapun, jika graduan bekerja kurang enam bulan dan gaji di bawah RM3000, jaminan ibu bapa diperlukan sebagai penjamin. Pembeli dengan pendapatan bawah RM3,000, dan lebih RM2,000 boleh memohon dengan ibu bapa sebagai penjamin dan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5,000 atau lebih.
BACA >>> Toyota Avanza (2019) Ala Vellfire Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80,888
PELAN KEWANGAN PENUH LEXUS DAN TOYOTA
Pada masa sama, UMW Toyota turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk menawarkan pakej pembiayaan menarik hingga 100 peratus untuk semua rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 65 tahun, dan pemohon boleh membuat bayaran antara tahun ke-4 hingga 9 di bawah skim ini.
Pakej pembiayaan berdasarkan prinsipal Islamik ini terdiri daripada dua pilihan dengan manfaat seperti berikut:
An-Naqlu 1
- Menawarkan pembiayaan 90 peratus mengikut konsep syariah Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).
- Juga skim pembiayaan khas untuk warga emas. Pemohon perlu berumur bawah 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan perlu memindahkan pencen ke akaun simpanan Bank Rakyat.
An-Naqlu 2
- Menawarkan pembiayaan 100 peratus mengikut konsep syariah Tawarruq kepada pelanggan berumur 18-60 tahun.
- Pemohon boleh menikmati pembelian tanpa deposit untuk model Toyota atau Lexus, tertakluk terma dan syarat.
- Skim Graduan dikhas kepada graduan berumur 20-30 tahun yang menawarkan manfaat pembelian tanpa deposit dengan kelayakan akademi minimum Diploma, atau bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan.
- Jika pemohon bekerja kurang tiga bulan, penjamin diperlukan untuk proses kelulusan.
Kadar promosi istimewa ‘BR Malaysia 2.0’ untuk skim pembiayaan ini sah hingga 30 September 2020. Setiap pembelian kenderaan Toyota turut dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi pengedar Toyota atau mana-mana Pusat Pembiayaan Auto Bank Rakyat atau cawangan terdekat. Juga boleh kunjungi laman web Toyota Malaysia.
BACA >>> #PanduUji: Toyota Yaris (2019) Lagi Sedap dan Syok daripada Vios!
BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan
PAKEJ ISTIMEWA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN, BARISAN HADAPAN
Selain skim ditawarkan Maybank dan Bank Rakyat di atas, UMW Toyota turut menawarkan kempen istimewa 'Jom Drive', khas buat kakitangan Kerajaan untuk semua model Toyota. Pemohon cuma perlu menyediakan dokumen ringkas seperti kad pengenalan, lesen memandu dan slip gaji selama sebulan sahaja.
Kakitangan Kerajaan juga boleh memohon mana-mana pakej pembiayaan Program Bantuan Kredit Cukai (TCAP), seperti AITAB, HP dan EZ Beli serta layak mendapat e-baucar Lazada bernilai RM100. Tawaran sah hingga 30 September 2020.
Jika berminat dengan EZ Beli AiTAB daripada TCAP (untuk pemohon Muslim) boleh layari www.toyotacapital.com.my/aitab. Pakej ini sama seperti EZ Beli biasa yang berada di bawah Akta Sewa Beli, apa yang berbeza mengenai EZ Beli AiTAB ialah patuh syariah,
Kempen 'Malaysia Hero' pula menawarkan diskaun 5 peratus daripada semua harga kenderaan Toyota kepada petugas barisan hadapan negara yang terbabit membantu menangani krisis Covid-19.
Pemilik kenderaan Toyota (semua model, kecuali Hiace dan Hilux Single Cab) turut diberikan diskaun 5 peratus jika menghantar kenderaan untuk disenggara di Pusat Servis Toyota. Tawaran ini sah hingga 31 Disember 2020.
Leave a Reply