PEUGEOT baru saja memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) 3008 versi dipertingkat (facelift) dengan gaya depan unit. Rupa-rupanya ada 'abang besar' akan menyusul, iaitu 5008 pula.
Sebelum ini kedua-dua SUV itu menggunakan rupa depan sama dan formula itu nampaknya diteruskan untuk model facelift, yang mana bahagian depan 5008 tampil sama seperti 3008.
BACA >>> Bocor Imej Peugeot 3008 (2021) Facelift dengan Gril Gaya Baharu
Gril depan yang mendominasi bampar didatangkan tanpa frem, manakala lampu siang (DRL) LED dalam bentuk menegak turut digunakan sebagai lampu signal. Lampu utama pula tidak seperti dulu dan kini menampilkan rekabentuk tunggal dan dilengkapi teknologi LED utnuk semua varian.
Bahagian belakang menerima lampu LED penuh dengan rekaan tiga cakar ikonik Peugeot dan nyalaan lampu signal berturutan (sekuensial). Lampu belakang tampak garang dengan cermin gelap yang bersambung dari kanan ke kiri.
Keseluruhannya, 5008 tampil garang dengan bumbung hitam, termasuk pilar-A, -B dan -C. Selain itu ada dua warna baharu, Celebes Blue dan Metallic Copper. Peugeot turut memperkenalkan pakej Black Pack untuk 5008 GT dan GT Premium dengan komponen hitam dan rim 19 inci dalam kemasan Washington Black Onyx dan Black Mist.
BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles
Bahagian dalaman i-Cockpit® ala jet pejuang kini dengan paparan instrumen digital saiz 12.3 inci boleh laras penuh dan satu lagi skrin warna definisi tinggi (HD) 10 inci. Stereng lebih kecil untuk dinamika pemanduan lebih baik dan pemandu boleh memilih tiga mod pemanduan Normal, Sport dan Eco melalui Drive Mode Selector pada konsol tengah.
Bagi kemasan dalaman, pembeli ditawarkan:
- Kulit Nappa Merah (GT / GT Premium)
- Efek kulit Hitam Mistral / lining Alcantara® (GT / GT Premium)
- Kulit Mistral Nappa dengan sulaman Tramontane (Allure dan ke atas)
- Efek kulit dan tekstil Colyn (Allure / Allure Premium)
Cermin pandang belakang tanpai frem khusus untuk varian GT dan GT Premium. Berbeza 3008, model 5008 mempunyai tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan hingga tujuh penumpang. Kerusi baris kedua jenis individu dengan fungsi laras penuh dan penyandar boleh lipat penuh.
Kerusi baris ketiga juga boleh dilipat penuh. Bagi mendapatkan ekstra ruang, kerusi penumpang depan boleh dilaraskan ke depan untuk memuatkan objek hingga 3.2 meter panjang.
Saiz but seluas 780 liter hingga 1,940 liter mengikut konfigurasi kerusi. Berikut pilihan trenkuasa dan varian 5008 (2020)
Petrol
- 1.2L PureTech 130 S&S, manual 6-kelajuan manual
- 1.2L PureTech 130 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
- 1.6L PureTech 180, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
Diesel
- 1.5L BlueHDi 130 S&S, manual 6-kelajuan
- 1.5L BlueHDi 130 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
- 2.0L BlueHDi 180 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
Varian
- Active, Active Premium
- Allure, Allure Premium
- GT, GT Premium
Bagi teknologi keselamatan, selain ciri bantuan pemanduan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan pelbagai sistem canggih, 5008 didatangkan dengan fungsi Pandang Malam (Night Vision) yang mampu mengesan pejalan kaki atau haiwan sejauh 200 meter melebihi skop lampu utama. Sistem itu dibantu teknologi infra merah dan peringatan akan dipaparkan pada paparan instrumen 12.3 inci di depan pemandu.
5008 ada dijual di pasaran tempatan dan, dan dijual pada harga RM173,888 ketika dilancarkan pada April 2018, termasuk GST, tanpa insurans.
Pada Ogos 2019, varian 5008 Plus Active diperkenalkan dan harga lebih rendah, iaitu RM166,888, manakala 5008 Plus (Allure) berharga RM179,888.
BACA >>> #BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan
Leave a Reply