• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Polo R WRC (2014), Model Polo Paling Berkuasa Ini Mahu Dijual RM109k

Volkswagen Polo R WRC (2014), Model Polo Paling Berkuasa Ini Mahu Dijual RM109k

September 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda fikir Volkswagen Polo GTI sedia ada sudah cukup umph dengan kuasa 197hp yang dihamburkan daripada enjin 4-silinder 2.0L turbo, sebenarnya ada lagi model Polo lebih berkuasa. Sayangnya model ini bukan di Malaysia.

Polo R WRC dilancarkan pada 2013 sebagai model Polo pengeluaran paling berkuasa pernah dihasilkan Volkswagen. Malah model ini masih memegang status tersebut dengan trenkuasa 4-silinder Golf GTI  EA113 2.0 TSI turbo berkuasa 217hp dan tork 350Nm.

Spesifikasi dimiliki membolehkan hatchback kompak tersebut memecut 0-100kmj sepantas 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 234kmj!

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Kerusi Pelikat'Volkswagen Golf GTI

Ini menjadikan model ini lebih pantas berbanding generasi Polo GTI terdahulu. Selain membawa nama 'R', Polo R WRC bukan model dalam pacuan semua roda (AWD). Enjin TSI itu dipadankan anjakan pendek dengan kotak gear manual 6-kelajuan untuk hantaran kuasa ke roda depan. Juga dipasangkan suspensi sport, tetapi tanpa ciri diferensial gelincir terhad (LSD).

Jadi bukan mudah hendak memperlahankan Polo R WRC ini. Sebagai model unik, berkuasa dan langka, Volkswagen memutuskan mengeluarkan cuma 2,500 unit sebagai tribut kepada pesaing Kejuaraan Rali Dunia (WRC) mengikut regulasi Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Semua Polo R WRC menggunakan skema warna sama, iaitu badan putih dengan dekal dan strip biru-kelabu. Bahagian roda dipasangkan rim aloi eksklusif 18 inci warna logam, manakala kemasan hitam berkilat menghiasi spliter depan, perumah cermin, difuser belakang dan spoiler.

Ruang kabin juga menampilkan stereng rata dan kerusi sport lencana WRC yang dibalut material Alcantara sulaman benang biru. Melengkapkan lagi penampilan hot-hatch ini ialah pelapik bumbung hitam, pedal keluli tahan karat, kelengkapan tema R-Line dengan jarum meter biru dan plak nombor siri.

Polo R WRC ini dijual Auto Zitzmann di Nürnberg, Jerman kepada seorang pemilik yang kali pertama didaftarkan pada November 2014 dengan nombor siri 0414 (daripada 2,500 unit), manakala perbatuan dicatatkan baru 19,000km.

Kelengkapa terkenal terdiri daripada lampu depan bi-xenon dengan lampu belok, tingkap belakang berwarna, penyaman udara Climatronic, radio digital DAB+, sistem navigasi RNS 315 dengan Bluetooth, tingkap dan cermin sisi elektrik, dan banyak lagi.

Namun, apa yang mungkin membuatkan pembeli berfikir banyak kali ialah harganya €22,313 (RM109,750). Kalau bukan peminat tegar atau pengumpul koleksi, lebih baik beli Polo GTI (2020) baharu.

BACA >>> Projek Polo P Inisiatif Volkswagen Didik Pemegang Lesen Baru
BACA >>> #Spyshot: Honda Civic Hatchback Facelift Dikesan di Indonesia

GALERI
Volkswagen Polo R WRC (2014)_7
Volkswagen Polo R WRC (2014)_15
Volkswagen Polo R WRC (2014)_3
Volkswagen Polo R WRC (2014)_13
Volkswagen Polo R WRC (2014)_10
Volkswagen Polo R WRC (2014)_17
Volkswagen Polo R WRC (2014)_2
Volkswagen Polo R WRC (2014)_8
Volkswagen Polo R WRC (2014)_4
Volkswagen Polo R WRC (2014)_1
Volkswagen Polo R WRC (2014)_5
Volkswagen Polo R WRC (2014)_6
Volkswagen Polo R WRC (2014)_9
Volkswagen Polo R WRC (2014)_11
Volkswagen Polo R WRC (2014)_12
Volkswagen Polo R WRC (2014)_14
Volkswagen Polo R WRC (2014)_16
Volkswagen Polo R WRC (2014)_18

SUMBER: CarScoops

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, hatchback, Polo R WRC (2014), Roda4, Volkswagen Polo, Volkswagen Polo R WRC (2014)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev