SEBELUM ini tular satu video membabitkan kereta Toyota Camry mengubah haluan dari laluan kiri ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di depan. Tindakan pemandu itu membuatkan penunggang motosikal di belakangnya terpaksa mengelak lalu terbabas dan terjatuh di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Berdasarkan video tersebut tentunya kesalahan tertumpu kepada pemandu Camry tersebut kerana menggunakan lorong kecemasan untuk memotong, tetapi bagaimanakah pula penunggang motosikal?
Seperti kita tahu lorong kecemasan digunakan untuk hal kecemasan sahaja dan semua tahu ia menjadi laluan penunggang motosikal.
Bagaimanapun, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih selamat (motosikal kecil), terutama apabila tiada lorong motosikal disediakan, berada di tengah laluan dengan kenderaan lebih besar.
Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penunggang motosikal menggunakan lorong kecemasan adalah menyalahi undang-undang jalan raya, tetapi dalam situasi tertentu, mereka wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu mengenai keselamatan.
Beliau berkata;
Menurut undang-undang, memang jadi kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan mana-mana kenderaan termasuk motosikal dan boleh dikenakan tindakan. Namun, dalam konteks keselamatan lebih baik memisahkan kenderaan lain lebih besar seperti kereta atau kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal.
Justeru penunggang motosikal digalakkan menunggang sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan. Membenarkan motosikal menggunakan lorong kecemasan boleh dianggap sebagai penyelesaian.
Sementara dalam situasi tertentu, contoh di lebuh raya yang mengalami kesesakan trafik, namun penunggang motosikal tidak sepatutnya menganggap laluan kecemasan itu adalah milik mereka. Kita masih meneliti perkara ini kerana masih wujud risiko lain seperti kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan."
Khairil Anwar berkata lagi, penunggang motosikal juga harus mematuhi undang-undang yang sudah termaktub bahawa tiada kenderaan boleh menggunakan lorong kecemasan dan sekiranya ada keperluan untuk menggunakan lorong kecemasan, mereka perlu menggunakannya secara berhemah.
BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?
BACA >>> Penyamun Berleluasa, Motor Simpan dalam Rumah Berpagar, Ada 'Jaga' Pun Tak Selamat
SUMBER: Bharian
Leave a Reply