• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cukai Jalan Kereta, Motor Tamat Tempoh Sebelum 3 Tahun Tidak Perlu ke Puspakom

Cukai Jalan Kereta, Motor Tamat Tempoh Sebelum 3 Tahun Tidak Perlu ke Puspakom

September 3, 2020 By Azizi H Leave a Comment

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL dan kereta persendirian dengan cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun tidak lagi diwajibkan menjalani pemeriksaan di  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuat kuasa Jumaat ini (esok).

Perkara itu diumumkan dalam pekeliling baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh 1 September yang tular di media sosial semalam.

Logo JPJ
puspakom-logo

Ini bermakna pemilik kenderaan seperti disebut di atas yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh lebih 12 bulan (setahun) hingga 36 bulan (tiga tahun) dibolehkan memperbaharui cukai jalan masing-masing tanpa perlu melakukan pemeriksaan Puspakom.

Apapun perlu diingatkan, kenderaan tanpa cukai adalah tidak sah dipandu atau ditunggang atas jalan dan boleh dikenakan saman mahkamah jika ditahan anggota JPJ atau polis.

BACA >>> Puspakom Kini Sudah Boleh Perbaharui Cukai Jalan!

Bagi memudahkan urusan memperbaharui cukai jalan, JPJ kini membuka portal rasmi MySikap di pautan public.jpj.gov.my yang membolehkan orang ramai membuat pembayaran cukai jalan, atau hubungi talian +603-8000-8000 untuk sebarang bantuan dan pertanyaan.

BACA >>> Polis Trafik 'Flying Kick' Kena Siasat, Mat Motor Kena Saman!

SUMBER : BHarian

Related

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev