• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R NISMO (2021) Berkuasa 600hp Kini di Amerika dengan Harga RM877k!

Nissan GT-R NISMO (2021) Berkuasa 600hp Kini di Amerika dengan Harga RM877k!

September 1, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R sudah boleh dianggap sebagai legenda moden. Kereta sport ini kali pertama ditayangkan di Tokyo pada 2007 selepas dua siri model konsep pada 2001 dan 2005.

Walaupun sudah berusia belasan tahun, GT-R masih mengekalkan momentum daya penarik dalam menyaingi kereta sport lebih moden. Meneruskan kesinambungan GT-R, Nissan mengumumkan harga GT-R Premium dan GT-R NISMO (2021) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

GT-R Premium (2021) didatangkan dengan warna baharu Bayside Blue yang sebelum ini eksklusif untuk model edisi terhad, GT-R Anniversary Edition.

BACA >>> Nissan GT-R 50th Anniversary - Sempena Ulangtahun Separuh Abad yang Kekal Relevan

Walaupun berkongsi model, kedua-dua GT-R Premium dan GT-R NISMO berbeza dari segi spesifikasi, termasuk harga. Berikut ciri standard dan pilihan Nissan GT-R (2021):

1. NISSAN GT-R PREMIUM (2021)

  • Kekal menggunakan enjin buatan tangan VR38DETT 3.8L V6 turbo kembar.
  • Berkuasa 565hp dan tork 633Nm.
  • Sistem ekzos titanium.
  • Pedal syif sekuensial dual klac 6-kelajuan.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) ATTESA E-TS.
  • NissanConnect, NissanConnect Services yang dikuasakan SiriusXM, Sistem Navigasi Nissan dan Apple CarPlay.

2. NISSAN GT-R NISMO (2021)

  • Komponen gentian karbon pada bampar depan dan belakang, fender depan, bonet, bumbung, sil sisi kereta/skirt sisi, but dan spoiler belakang.
  • Enjin VR38DETT 3.8 V6 turbo kembar berkuasa 600hp dan tork 652Nm.
  • Turbo khas yang diambil daripada jentera lumba GT-R GT3.
  • Bentuk turbin diubah suai dan jumlah bilah kurang berbanding model sebelum 2020.
  • Suspensi ditala untuk lebih kestabilan ketika melayan selekoh dengan respon kadar belokan (yaw rate) ditambah baik dan pemanduan berkualiti.
  • Stereng dengan lineariti dan kejituan lebih baik dan hanya memerlukan pembetulan minimum pada kelajuan litar hingga 299kmj.
  • Sistem brek karbon seramik Brembo dengan saiz cakera 409mm di depan dan 389mm di belakang.
  • Kaliper brek Brembo turut menambah baik masa reaksi, ketahanan dan prestasi membrek keseluruhan berbanding model terdahulu (sebelum model 2020).
  • Kerusi Recaro dengan fungsi pemanas dan rekabentuk khas untuk mendakap tulang bahu dan poin badan bahagian bawah.
  • Stereng Alcantara, dan tombol gear kulit dengan kemasan merah dan spidometer NISMO merah.

Mengenai harga, Nissan USA mengesyorkan GT-R Premium dijual pada harga AS$113,540 (RM472,950), manakala GT-R Nismo berharga AS$210,740 (RM877,840).

BACA >>> Nissan Pulsar - Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

Nissan GT-R NISMO
Nissan GT-R Nismo 2020.07
Nissan GT-R Nismo 2020.06
Nissan GT-R Nismo 2020.05
Nissan GT-R Nismo 2020.04
Nissan GT-R Nismo 2020.03
Nissan GT-R Nismo 2020.02
Nissan GT-R Nismo 2020.01
nissan-gtr-nismo-usa-2021-1
nissan-gtr-nismo-usa-2021-2
nissan-gtr-nismo-usa-2021-3
nissan-gtr-nismo-usa-2021-4
nissan-gtr-nismo-usa-2021-5
nissan-gtr-nismo-usa-2021-6
nissan-gtr-nismo-usa-2021-7

Related

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Nismo, Nissan, Nissan GT-R, Nissan GT-R GT3, Nissan GT-R Nismo, Nissan GT-R Nismo (2021), Nissan GT-R Pemium (2021), R35, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev