HONDA Civic baharu dengan kod FC dan FK, juga dikenali sebagai Civic Turbo sudah berusia sekitar lima tahun dan muncul dalam tiga gaya badan berbeza, iaitu sedan, hatchback dan coupe.
Khabar terbaharu, Honda Civic bakal memasuki generasi ke-11 tidak lama lagi selepas tular beberapa imej intip model itu dalam seragam kamoflaj dengan cermin gelap.
Civic Turbo baru saja lancar di Amerika Syarikat (AS) sebelum prototaip Civic Turbo untuk pasaran Asean diuji di Thailand. Honda mungkin mahu segera mendapat hasil ujian enjin di rantau ini bagi memastikan trenkuasa itu lebih baik berbanding sedia ada.
Sukar mengagak rekabentuk Civic baharu itu kerana seluruh badan ditutup rapi. Civic generasi baharu itu kelak akan tampil dengan dimensi lebih besar berbanding Civic Turbo sekarang.
Bahagian depan tinggi seakan memberi bayangan yang model segmen-C itu akan meminjam gaya rekabentuk Accord. Berdasarkan imej itu, yang diambil daripada grup Civic FC dan FK Club Thailand, lampu belakang Civic Turbo baharu nanti akan menggunakan teknologi LED.
BACA >>> Honda Civic Generasi ke-11 Lancar Suku Pertama 2021?
BACA >>> Honda Civic Kereta Peronda Baharu Polis Malaysia
Leave a Reply