• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Detik Kemalangan Lamborghini Huracan dengan Kelajuan Lebih 300kmj

#Videotomotif: Detik Kemalangan Lamborghini Huracan dengan Kelajuan Lebih 300kmj

July 19, 2016 By Han Othman Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

lamborghini-huracan-kemalangan-hungary
SELEPAS membelanjakan lebih RM1 juta untuk membeli sebuah Lamborghini Huracan, anda mungkin menyangka sudah layak melanyak kereta milik anda itu hingga mencecah kelajuan maksimum, lebih 300kmj! Namun, anda pasti berfikir dua kali selepas melihat video tahun lalu di bawah ini yang kami muat naik semula.

Menurut sumber, insiden dalam video tersebut ialah kemalangan pertama membabitkan model terkini, Lamborghini Huracan yang didaftarkan di Republik Czech. Supercar itu dikatakan merempuh pengadang jalan dan jatuh ke dalam parit sebelum terbakar. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang wanita dilaporkan terselamat!

Rakaman video menunjukkan kereta yang dipandu mencapai kelajuan 336kmj sebelum terbabas akibat hilang kawalan. Namun, tiada rakaman penuh sepanjang detik kemalangan berlaku, sebaliknya bersambung dengan foto-foto selepas kemalangan.

https://youtu.be/GCNIRYM0mzA

Video bermula dengan rakaman dalam kabin Lamborghini Huracan yang dizum pada meter digital. Pemandu memecut lebih 300kmj sebelum memperlahankan kelajuan kepada sekitar 200kmj yang mungkin disebabkan ada kenderaan lain memasuki lorong laju.

Tiba-tiba, rakaman video mula bergoyang teruk dan pemandu kedengaran menjerit sebelum hilang kawalan. Kemudian, rakaman terus dipotong dan disusuli beberapa foto polis seperti serpihan besi, tayar dan enjin yang sudah berkecai.

Polis Hungary mendakwa, pemandu Huracan berusia 36 tahun itu mengalami luka terbakar yang mengambil masa lapan hari untuk sembuh. Polis turut mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada had laju ditetapkan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. Malah, pemandu tidak terlepas daripada tindakan undang-undang kerana memandu cuai dan berbahaya. Pengajarannya, Lamborghini anda tetap berbahaya jika dipandu atas jalan raya yang bukan direka khas untuk menampung kelajuannya.

Sebagai makluman, Lamborghini Huracan melakukan debut di Pameran Permotoran Geneva 2014 dan berada di pasaran setahun kemudian. Supercar itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.2 saat dan harga bermula kira-kira £188,000 (RM995,000).

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: kemalangan Lamborghini, kemalangan supercar, Lamborghini, Lamborghini Huracan, video kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev