VALENTINO Rossi menyatakan masih gementar mengingatkan kembali insiden di GP Austria apabila jentera Franco Morbidelli melayang dan hampir menghempapnya.
Beliau mengakui selalu terbayangkan kejadian itu yang jelas hampir meragut nyawanya, dan kini rasa bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk terus berlumba.
Walaupun kejayaan meraih podium buat Monster Energy Yamaha pada pusingan kedua MotoGP 2020 itu membuktikan dirinya masih kompetitif, tetapi pada masa sama mengakui beliau kini sudah berusia.
BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja Brek Depan Muka Morbidelli
Menurut pelumba Itali itu, fikirannya tidak tenteram apabila melihat foto pelbagai sudut selepas perlanggaran itu yang membabitkan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) dan Johann Zarco (Reale Avintia). Bagaikan keajaiban, tiada siapa yang cedera parah ketika jentera Morbidelli melayang tinggi beberapa inci daripada terkena dia dan rakan pasukan, Maverick Vinales.
Itu kejadian yang sangat sukar dan menakutkan. Nasib baik aku cuma usya ja motor Zarco terbang atas Maverick. Itupun sebab aku tak boleh tengok motor Franco sebab dekat dan laju sangat. Kami sangat nasib baik bak hang sebab takdak motor hantam. Kalaulah betui jadi, memang peluang nak selamat tu tipis la.
Rossi kini sudah melepasi jumlah perlumbaan ke-346 dalam kelas premier yang dianggap angka cantik kerana sama dengan nombor ikonik 46 yang menjadi penemannya sejak awal karier.
Beliau berkata;
Ya, aku sangat bangga dengan nombor ini. Tapi aku juga sedih sebab umur aku dah koi tua. Macam pelik ja kan bila aku cakap dah lumba dalam MotoGP sejak 2002. Lama bro, memang masa yang sangat lama bak hang."
Mental Rossi mungkin berubah, tetapi tiada siapa boleh menafikan yang beliau masih kompetitif walaupun sudah menginjak usia 41 tahun. Walaupun stamina semakin menurun dan skil pula tidak setajam dulu, tetapi fakta yang harus diakui, beliau masih mampu menunggang sepantas pelumba muda lain.
Malah dalam banyak kondisi dan situasi perlumbaan, aksi ditunjukkan Rossi jauh lebih baik berbanding pelumba muda. Tidak hairanlah beliau kini menjadi pelumba Yamaha paling konsistem dalam aksi MotoGP 2020 ketika rakan pelumbanya bergelut dengan jentera masing-masing.
BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP
Leave a Reply