• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?

Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?

August 26, 2020 By Wahid Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMALANGAN menimpa pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales di litar Red Bull Ring pada pusingan GP Styria minggu lalu masih hangat diperkatakan.

Jentera Vinales dilaporkan mengalami masalah brek di selekoh Turn 1 pada lap ke-17 yang memaksa pelumba Sepanyol itu melompat dari motosikalnya pada kelajuan 230kmj!

Soalannya, kenapa jentera MotoGP seperti YZR-M1 yang dalam kategori paling perlahan boleh ditimpa masalah brek?

BACA >>> Vinales Dedahkan Kenapa Dia Lompat dari M1 Pada Kelajuan 220kmj

Jawapannya, setiap pelumba memang akan menyesuaikan komponen dan sistem brek mereka dalam setiap perlumbaan. Dalam erti kata lain, pelumba paling cekap melakukan penyesuaian membabitkan cengkaman tayar, kehausan brek, cengkaman permukaan trek dan sebagainya, akan mendapat keputusan terbaik.

Sebaliknya, mereka yang kurang berbuat demikian akan ketinggalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

andrea-doviziosi-gp-styria-1
andrea-doviziosi-gp-styria-2

Sebagai contoh, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dapat menyesuaikan cara tunggangan untuk menjaga tayar sebelum memecut pada lap akhir.

Namun, bagi M1 yang tiada kelebihan kelajuan maksimum tinggi aka top speed, pelumba pasukan itu perlu membrek lebih dekat dengan selekoh, atau boleh dikatakan brek lambat. Cara tunggangan ini memaksa mereka membrek terlalu agresif.

Brembo pula ialah pembekal sistem brek kepada semua pasukan MotoGP yang menawarkan beberapa pilihan komponen kaliper dan cakera brek karbon seperti berikut

  • Cakera karbon 320mm - jisim rendah (lebih nipis)
  • Cakera karbon 320mm - jisim tinggi (lebih tebal)
  • Cakera karbon 340mm - jisim rendah (lebih nipis)
  • Cakera karbon 340mm - jisim tinggi (lebih tebal)
  • Kaliper brek depan GP4 - baru diperkenalkan, siap dengan sirip penyejukan
  • Kaliper brek depan - standard sejak 2019
  • Kaliper brek depan - sejak 2019, jenis tahan lasak, lebih tebal

Semua pelumba memilih cakera 340mm pada dua pusingan perlumbaan di trek Red Bull Ring. Cakera ini diperkenalkan pada pusingan GP Motegi 2013 dengan abiliti tambahan kuasa membrek 20 peratus dan pengurangan suhu cakera sebanyak 100ºC.

Preview (opens in a new tab)Brembo menasihatkan semua pasukan mengekalkan suhu cakera bawah 1,000ºC, manakala suhu pad brek bawah 200ºC kerana setiap julat suhu itu ialah tahap maksimum operasi.

Selain itu, bendalir brek (juga dipanggil minyak brek) akan mendidih pada suhu 160ºC. Jadi, setiap motosikal dilengkapi salur udara ke kaliper brek depan. Apa terjadi kalau minyak brek mendidih? Brek akan rasa lembut dan hilang kuasa apabila tuil ditarik. Malah dalam kes ekstrem, tuil brek mungkin ditarik rampat sampai ke terotel, tetapi tiada cengkaman.

BACA >>> Pelumba MotoGP Dapat Kaliper Brek Brembo GP4 Baharu, Kini Ada Sirip Penyejuk

Brembo mendedahkan maklumat, Vinales memilih kaliper 2019 standard yang menurutnya lebih serasi dengan respons sistem berkenaan. Selain itu, beliau juga tidak mengalami masalah dalam sesi latihan dan ujian masa. Malangnya, situasi berbeza pada hari perlumbaan.

Sebabnya, cuaca bertukar jadi lebih panas dengan suhu permukaan litar mencecah 50ºC. Ini ditambah lagi cara membrek terlalu agresif, aksi 'cucuk angin' (untuk menambahkan kelajuan jentera kerana dapat mengurangkan rintangan udara), jentera sedia ada yang lebih laju berbanding tahun lalu, dan tambahan daya cengkaman aerodinamik.

Semua faktor disebutkan itu menyebabkan suhu cakera meningkat lebih 1,000ºC dan suhu pad brek lebih 200ºC.

Akhirnya, pad brek depan M1 ditunggang Vinales pecah dan jatuh atas litar. Alex Marquez (Repsol Honda) yang berada di belakang pelumba Yamaha itu mendakwa ternampak objek kecil jatuh dari jentera Vinales. Ini bermakna beliau kehilangan brek sama sekali, sekali gus terpaksa terjun dari M1.

BACA >>> Vinales: Jentera Yamaha Kurang 'Power' dan Selalu Masalah

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Brembo, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, roda2, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev