APAKAH alasan pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales nekad lompat dari jentera YZR-M1 pada kelajuan 220kmj?
Tindakan itu bukan saja berani, tetapi juga cukup bahaya kerana mampu menyebabkan kecederaan, dan jika tersilap angkah boleh membawa maut! Pelumba Sepanyol itu berkata, brek M1 sudah tidak lagi mencengkam pada tiga lap terakhir sebelum dia terjun dari motor.
A race that came to a very abrupt end! š„
Thankfully @mvkoficial12 was able to walk away from this scary get off unscathed! š#AustrianGP š pic.twitter.com/NbU63tHZSv
ā MotoGPā¢š (@MotoGP) August 23, 2020
Aku rasa cengkaman brek mula hilang pada tiga lap terakhir sebelum lompat. Ā Brek depan tak menggigit dan timbul tenggelam. Aku cuba perbaiki dan hasilnya masa pusingan 1:26. Ā Aku cuba push motor semula dan dapat buat rekod 1:24. Apa yang aku hairan, brek tiba-tiba ok.
"Masa tu, Rossi, Quartararo dan Petrucci dah potong aku. Aku cuba ikut diorang dan bila motor mula pulih, tiba-tiba brek aku rasa kosong. Aku terkejut sebab brek rosak masa kat jalan lurus dan tengah memecut. Jadi, tak ada pilihan lain kecuali aku lompat dari motor."
Malah menurut Vinales, itu kali pertama insiden sedemikian berlaku sepanjang kariernya dalam MotoGP.
Secara normal, tekanan tuil brek memang akan turun sikit. Kita hanya perlu setkan balik tuil tu, tapi hari ini setiap lap aku kena set, dan itu memang tak normal la. Kemuncaknya macam yang korang nampak. Aku tak mungkin terus kawal motor dengan brek kosong. Jadi aku buat keputusan lompat. Ini sangat teruk.
āSekarang kami kena lupakan perlumbaan di Austria sebab semestinya itu dua perlumbaan terburuk pernah aku buat dalam MotoGP. Walhal kami memang laju dan boleh dapat keputusan lebih baik sebab kami dah kerja kuat sepanjang akhir minggu."
BACA >>> #MotoGP2020: Kejutan Lagi, Giliran Oliveira Pula Beri Podium Juara Buat KTM!
BACA >>> Vinales: Jentera Yamaha Kurang Power dan Selalu Masalah
Leave a Reply