• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan Kesembilan, Perlu 2-3 Bulan Pulih

Marquez Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan Kesembilan, Perlu 2-3 Bulan Pulih

August 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA Dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez memerlukan dua hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat berlumba semula kembali, menurut kenyataan Repsol Honda.

Marquez patah tangan kanan dan perlu dibedah selepas terbabit kemalangan dalam aksi pusingan pertama MotoGP 2020 di GP Jerez. Bagaimanapun, dia muncul di GP Andalusia hanya selepas empat hari menjalani pembedahan, tetapi tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas mengadu sakit pada aksi latihan bebas.

BACA >>> Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

marc-marquez-tengok-tv
marc-marquez-tunjuk-peace

Malah, kesakitan itu memaksa Marquez dibedah kali kedua menjelang pusingan ketiga di GP Brno, Republik Czech selepas pasukan doktor mendapat pin yang mengikat tulangnya rosak dan perlu diganti baharu. Dia kemudian disahkan tidak akan beraksi dalam dua pusingan di Austria, termasuk GP Styria yang baru selesai semalam. Ini termasuk GP Misano, September nanti.

Namun, selepas berbincang dan menerima pendapat beberapa pakar, semua pihak memutuskan mengubah proses pemulihan dirancang kerana mendapati kecederaan dialami Marquez adalah lebih teruk berbanding jangkaan pertama.

 

View this post on Instagram

 

Vamos dando pasitos para intentar llegar lo mejor posible a #CzechGP! 💪🏼 We are working to try to arrive in the best possible conditions for the #CzechGP! #MM93 #Sunday #rehabilitacion #arm

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Aug 2, 2020 at 3:04am PDT

Berdasarkan jangkaan baharu, si Baby Alien itu memerlukan masa 2-3 bulan sebelum dapat kembali memanaskan pelana RC213V. Ini bermakna dia perlu berehat antara 22 Oktober hingga 22 November, sekali gus memadamkan harapannya untuk meraih kejuaraan kali kesembilan.

Ini juga kali kedua Marquez tidak memenangi gelaran MotoGP sejak menyertai kelas premier itu pada 2013.

Menariknya, sejak ketiadaan Marquez, juara setiap pusingan kali ini lebih kompetitif dengan menyaksikan kemunculan juara baharu seperti Brad Binder (Red Bull KTM Factory) yang mengungguli GP Brno dan Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) di GP Styria.

BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja

SUMBER: Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alberto Puig, Auto Terkini, HRC, Marc Marquez, MotoGP 2020, Repsol Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev