• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lexus Malaysia Buka Tempahan LX 570 dan LX 570 Sport, Harga Mula RM1.2 Juta!

Lexus Malaysia Buka Tempahan LX 570 dan LX 570 Sport, Harga Mula RM1.2 Juta!

August 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS Malaysia membuka tempahan model  LX 570 dan LX 570 Sport versi dinaik taraf baharu.

Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama berkata, kehadiran LX 570 meningkatkan tahap kecanggihan platform yang sangat kompeten dalam memastikan perjalanan diiringi kejuruteraan automotif termaju.

LX 570 (2020) akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan rekabentuk maskular menerusi rekaan gril spindel yang dipadankan rim 21 inci dan lampu depan LED, termasuk lampu signal belok sekuensial untuk imej lebih elegan.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Lexus

Lexus juga menambah warna badan baharu, Terrane Khaki Mica Metallic dan tiga warna kabin baharu Garnet, Sun Flare Brown dan Ocher bagi memenuhi cita rasa pembeli.

Bagi memberikan kelainan, Lexus Malaysia turut menawarkan varian Lexus LX 570 Sport yang diberikan pakej eksklusif seperti bampar sporty dan gril spinde rekaan jejaring bentuk L. Rekaan rim 21 inci turut mendapat penggayaan eksklusif menerusi paten lebih terbuka.

Kabin LX 570 Sport menerima sil pintu iluminasi, pedal sport aluminium dengan pemasangan getah dan lampu pintu dengan pantulan logo.

Sesuai dengan lencana Sport, LX 570 Sport baharu didatangkan dengan casis diperkuat tanpa mengetepikan aspek pengendalian, kestabilan dan keselesaan terbaik. Meningkatkan tahap pengendalian adalah opsyen enam mod pemanduan, termasuk tetapan kustom.

BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik

Lexus LX 570_1
Lexus LX 570_4
Lexus LX 570_5

Ciri Suspensi Variabel Adaptif (AVS)  mampu menyesuaikan pemanduan mengikut kondisi off-road yang dikawal secara elektronik seperti:

  • Kawalan Tinggi Aktif (Active Height Control, AHC)
  • Pilihan Multi-Rupa Bumi (Multi-Terrain Select, MTS) - membolehkan pemandu menentukan tahap cengkaman tayar.
  • Kawalan Rangkak (Crawl Control) - menjaga brek dan pecutan di cerun licin.
  • Kawalan Mula Daki (Hill Start Assis, HSA) - Mengawal situasi roda menggelincir ke belakang ketika mendaki.
  • Pemantau Multi-Rupa Bumi - membolehkan penumpang melihat situasi sekeliling dari keselesaan dan keselamatan

LX 570 memiliki ciri bantuan pemandu termaju, Lexus Safety System Plus (LSS+) yang didatangkan sebagai standard, terdiri daripada:

  • Sistem Praperlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) baharu
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini juga dilengkapkan sistem audio Mark Levinson dengan 19 pembesar suara, skrin 11.6 inci belakang kerusi depan dan kerusi baris belakang dengan punat boleh lipat elektrik.

LX 570 dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan pada harga RM1,225,883 (LX 570) dan RM1,281,938 (LX 570 Sport).

BACA >>> #TahukahAnda: Masalah Flat Spot  Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?
BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

Related

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Takeyama, Auto Terkini, autoterkini, Kenderaan Utitili Sukan (SUV), Lexus, Lexus LX 570, Lexus LX 570 Sport, Lexus Malaysia, Roda4, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev