AWAL bulan lalu kami ada memaklumkan kelibat Mitsubishi Xpander di Putrajaya. Sayangnya tidak sempat hendak angkat telefon untuk ambil dapatkan sekeping dua foto intip model tersebut yang sudah jauh di depan.
Namun, kali ini pembaca kami, Eddie Izaddi sempat merakamkan video kelibat crossover itu yang katanya di Hulu Selangor. Berdasarkan imej dan video kami terima, dua model Xpander itu sedang diturunkan dari trak pengangkut dan siap dipasangkan nombor pendaftaran kenderaan.
Tidak diketahui kenapa dua unit Xpander itu singgah di Hulu Selangor. Adakah sedang menjalani penggambaran iklan komersial? Ini kerana tarikh pelancaran crossover itu dikatakan semakin dekat, iaitu sekitar suku keempat tahun ini.
Xpander Malaysia dikatakan mirip versi Thailand. Jadi ada kemungkinan pasaran Malaysia akan menerima spesifikasi sama seperti model di negara jiran itu yang baru-baru ini melancarkan varian baharu Xpander Cross.
Berbanding Xpander biasa, Xpander Cross memiliki jarak tanah lebih tinggi 25mm dan didatangkan dengan kemasan plastik untuk gaya lebih sporty.
Antara ciri Xpander versi Thailand ialah lampu depan multireflektor LED. Ciri LED juga ada pada lampu belakang, lampu signal dan lampu brek ketiga. Juga didatangkan dengan plat skid hitam. Trenkuasa Xpander dikuasakan enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
Xpander khabarnya ialah model pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Mitsubishi di Pekan, Pahang. Bilakah Xpander akan masuk Malaysia? Mengikut perkiraan kami, sekarang sudah suku ketiga, jadi MMM dijangka memperkenalkan Xpander pada suku keempat tahun ini, iaitu bulan depan.
Di Thailand, Xpander dijual pada harga bermula 789,000 baht (RM106,260). Berapakah pula harga Xpander di Malaysia?
BACA >>> Mitsubishi Xpander Dikesan Jalani Ujian VTA di Putrajaya?
BACA >>> Honda BR-V (2020) Facelift Kini di Pusat Jualan, Harga Mula RM89k
Shah says
Kat indonesia dan thai dh nak reput dh dia org pakai knp kat kita malaysia lambat sangat ya