• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aplikasi Grab Driver Kena Godam, Pemandu Dapat Curi Penumpang

Aplikasi Grab Driver Kena Godam, Pemandu Dapat Curi Penumpang

August 22, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG jurucakap syarikat kereta e-hailing, Grab mengaku ada pemandu tertentu atau rakan-pemandu (driver-partners) mencuri tempahan daripada pemandu lain menerusi platform Grab Driver.

Ini dilakukan menggunakan perkakasan haram dan aplikasi Grab Driver diubah suai yang membolehkan seseorang pemandu itu mencuri tempahan yang lebih menguntungkan.

BACA >>> Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang

https://www.todayonline.com/sites/default/files/styles/photo_gallery_image_lightbox/public/photos/43_images/25402105.jpg?itok=7pXRJk84
grab indonesia

Seorang pemandu Grab Car mendedahkan tempahan untuk trip jarak jauh dengan tambang lebih RM30 paling kerap digodam. Apabila tempahan dicuri, pemandu yang menjadi mangsa akan mendapat notis pembatalan menerusi aplikasi Grab dalam masa 15-30 saat. Situasi itu kerap berlaku sekurang-kurangnya empat kali sepanjang dua bulan lalu.

Pemandu sama juga berkata, aplikasi yang diubah suai itu hanya berfungsi apabila berada dalam kawasan pemandu atau pelanggan lain. Dia turut mengingatkan mengenai ralat yang mungkin berlaku pada aplikasi penumpang apabila tempahan mereka dicuri.

Aplikasi diubah suai tersebut membolehkan pemandu mengetahui lokasi GPS. Platform Grab ketika ini memperuntukkan tempahan kepada pemandu berasaskan beberapa faktor, seperti lokasi yang mana algoritma akan dikemas kini saban tahun bagi mengelak manipulasi sistem. Bagaimanapun, isu ini semakin menjadi-jadi sepanjang awal tahun kerana rakan-pemandu ditawarkan insentif besar.

Menurut Asia One, isu hampir sama pernah terjadi di Singapura melibatkan pemandu persendirian, termasuk rakan-pemandu Grab. Bagaimanapun, Grab menyatakan sedang berusaha mengelak isu itu berlaku dengan melabur dalam teknologi anti-penipuan bagi memastikan platform selamat dan terjamin.

Grab juga memberi jaminan aplikasi data diubah suai itu tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi pelanggan.Ini kerana aplikasi Grab Driver versi ubah suai perlu dimuat turun daripada pelayan pihak ketiga yang menyalahi terma PlayStore. Ini bermakna data peribadi disimpan dalam aplikasi Grab rasmi masih kekal selamat.

BACA >>> Kenapa Kembar Belanda Ini Pilih Pandu 'Wira Teksi' ke Nurburgring?

SUMBER: MalayMail

Related

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi Grab Driver, Auto Terkini, Grab Driver, GrabCar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev