SELEPAS membuat kemunculan pada Februari 2016, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) kini menambah warna baharu bagi model Benelli TnT25.
Selepas merah dan hijau, Benelli TnT25 kini ditawarkan dalam warna hitam susulan penerimaan hangat daripada pasaran Thailand yang turut memperkenalkan warna baharu ini.
HARGA:
Biarpun dipadankan dengan warna baharu, harga Benelli TnT25 kekal sama iaitu dijual pada harga RM12,990 (tidak termasuk GST).
PRESTASI BENELLI TnT25:
Benelli TnT25 dipadankan dengan enjin silinder tunggal penyejukan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa 25.2hp pada 9,000rpm dan tork puncak 21.5Nm (7,500rpm). Penghantaran kuasa ke roda pula dibantu transmisi 6-kelajuan.
HANYA LIBATKAN PERUBAHAN WARNA:
Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, Wan Najib Wan Daud berkata, tiada sebarang perubahan pada harga, prestasi enjin dan lain-lain.
Menurutnya, BKM masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM12,990 dan orang ramai boleh mengunjungi semua rangkaian pengedar yang bertauliah.
JAMINAN:
Benelli TnT25 didatangkan dengan jaminan selama setahun atau 10,000km (yang mana datang dahulu). Manakala tempoh jaminan boleh dilanjutkan lagi untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM iaitu www.benelli.keeway.my
Awanglokan says
Salm sedara buleh thn ke enjin benelli ni sbb nma aje itali enjin buat kilang china yg diketahui enjin cap tong sampoh mudoh rosak mnja xthn lasak
Awanglokan says
Mcm nimota yang model ranger x memng x lah xthn lasak thap mempalat harajadoh puihhh....