• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k

Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k

August 18, 2020 By Azizi H 4 Comments

4.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH pemain baharu dalam industri dua roda Malaysia!

Pasaran tempatan ‘dikejutkan’ dengan kehadiran jenama baharu dalam industri motosikal menerusi kemunculan 'Aveta' yang diam-diam muncul seawal November tahun lalu. Produk motosikal ini dikeluarkan Aveta Global Marketing Sdn Bhd dan sudah pun ada di pasaran.

Jenama buatan tempatan ini mula menembusi pasaran negara pada tahun lalu. Buat masa ini, produk utama dipasarkan Aveta ialah DY90 dan RX110 dalam usaha menambat hati peminat kapcai Malaysia.

Kedua-dua model itu dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) dan dijangka ditambah baik menerusi aksesori mengikut trend masa kini pada masa akan datang. Menurut sumber industri, model Aveta ini sudah dilancarkan sejak Mac lalu.

Malah difahamkan model tersebut nampak sama seperti motosikal keluaran syarikat tempatan beberapa tahun lalu, tetapi tiada kepastian sama ada ia model yang sama atau sebaliknya.

BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

AVETA DY90

DY90 dijual pada harga RM2,880, tanpa insurans dengan dipacu enjin lintang 4-lejang silinder tunggal 90cc dan dipadankan transmisi automatik 4-kelajuan jenis rotari. Kapcai ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan; merah, biru dan hitam.

AVETA RX110

RX110 pula ialah kapcai sporty berharga RM4,039.20, tanpa insuran dengan enjin 4-lejang silinder tunggal bersesaran 110cc penyejukan udara, manakala transmisi automatik 4-kelajuan jenis rotari.

Angka kuasa dihasilkan 7.8hp (5.8kW) @ 7,500rpm dengan tork 7.8Nm @ 6,500rpm, manakala kapasiti tangki 4.2 liter. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi absorber gas. Sistem brek menggunakan cakera di depan, dan dram di belakang. Ciri lain model ini ialah rim aloi 17 inci, tayar depan 70/90-17, tayar belakang 80/90-17, manakala berat bersih 123kg.

Berat ringan menjadikan RX110 sesuai digunakan untuk tujuan ulang-alik kerja. Ia juga  tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa lama. Ada tiga pilihan warna ditawarkan: merah, hijau dan biru.

MODEL AVETA LAIN BAKAL MUNCUL?

Kami difahamkan Aveta bakal memperkenalkan beberapa model baharu lain tidak lama lagi. Setakat ini, tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada Aveta mengenai kesahihan maklumat tersebut.

GALERI
RX110 2
RX110
DY90
DY90 2
aveta-rx110-poster-1
aveta-rx110-poster-2
aveta-dy90-poster-1
aveta-dy90-poster-2

Related

4.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aveta, Aveta DY90, Aveta Global Marketing Sdn Bhd, Aveta RX110, Kapcai, motosikal, Motosikal Malaysia, roda2

Comments

  1. Jan says

    August 20, 2020 at 11:42 AM

    Kenapa xde gambar dari depan?

    Reply
  2. Dennylee says

    December 18, 2020 at 10:31 PM

    Kalau part dia senang tak nak cari?

    Reply
  3. hakim says

    September 28, 2024 at 8:03 PM

    setahu aku ni produk taiwan bukan produk malaysia min cuma kilang ja di malaysia.

    Reply
  4. Uncle Bard says

    July 9, 2025 at 11:23 AM

    DY90 dah macam EX5

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev