• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger (2021) Facelift Didedahkan dengan Rupa Dikemas Kini

Kia Stinger (2021) Facelift Didedahkan dengan Rupa Dikemas Kini

August 13, 2020 By Han Othman Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA UK memperkenalkan Stinger (2021) versi dipertingkat (facelift) dengan mengemas kini rekabentuk dan menambah beberapa opsyen baharu.

Stinger (2021) facelift akan berada di pasaran Britain pada awal tahun depan dengan harga dijangka tidak berubah, sama seperti model sedia ada, iaitu bermula kira-kira £31,000 (RM169,660) untuk model aras mula hingga £41,000 (RM224,390) untuk varian premium, GT-S.

BACA >>> Kia Cipta Transmisi Manual Pintar (iMT), Alternatif Baharu Buat Peminat Kereta Manual

Perubahan gaya diberikan ialah lampu utama LED baharu, lampu siang (DRL) direka semula, lampu belakang LED baharu dan gril radiator signatur 'hidung harimau' versi kemas kini. Model UK ini juga akan menggunakan lencana berbeza yang mana imej dalam artikel ini ialah model spesifikasi Korea.

Pembeli boleh memilih pilihan kosmetik baharu, seperti sistem ekzos kuad dengan paip besar, difuser belakang agresif dan rekabentuk rim aloi baharu dalam saiz 18 atau 19 inci. Jika memilih Dark Package, pembeli boleh memilih kemasan hitam berkilat.

BACA >>> 17 Fakta Pantas: Kia Stinger GT 2.0L, 3.3L Kini di Malaysia, Harga Bermula RM239,888!

Rekabentuk kabin Singer (2021) facelift tidak berubah berbanding model sedia ada. Pembeli mendapat kluster instrumen digital 7 inci, dan kerusi sport standard. Bagaimanapun, ada beberapa perincian krom baharu pada stereng, trim hitam berkilat pada papan pemuka, cermin pandang belakang tanpa frem dan sistem infotainment 10.25 inci.

Pembeli juga akan menerima sistem pencahayaan ambien boleh kustom dengan 64 warna, dan pilihan kemasan dalaman baharu seperti Saturn Black, Red, Beige dan Dark Brown. Bergantung spesifikasi, Kia turut menawarkan sulaman kontras pada papan pemuka dan panel pintu.

Seperti model sedia ada, Stinger (2021) facelift aras mula dikuasakan enjin petrol 2.0L (244hp) atau diesel 2.2 liter (197hp), manakala model premium GT-S dijana enjin V6 3.3L Twin-Turbo berkuasa 365hp dan tork 510Nm.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Hyundai Santa Fe Berbaloi Dibeli

GALERI
kia-stinger-facelift-2020-4
kia-stinger-facelift-2020-5
kia-stinger-facelift-2020-1
kia-stinger-facelift-2020-2
kia-stinger-facelift-2020-3

SUMBER: AutoExpress

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: fastback, Kia, Kia Stinger, Kia Stinger (2021) Facelift, Kia UK, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev