• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Beg Udara Takata: Honda Mohon Maaf, Jamin Atasi Masalah Stok dan Kapasiti Servis

Isu Beg Udara Takata: Honda Mohon Maaf, Jamin Atasi Masalah Stok dan Kapasiti Servis

July 15, 2016 By Azhan O Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda-mohon-maaf
BERIKUT ialah ringkasan kenyataan dikeluarkan Honda Malaysia mengenai beberapa isu kontroversi berhubung beg udara Takata.

KENYATAAN KESAL & MAAF

Honda Malaysia sejujurnya kesal atas kesukaran disebabkan panggilan balik inflator beg udara Takata dan memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas akibat masalah kekurangan stok alat ganti tersebut dan ketidakmampuan memenuhi tuntutan permintaan pelanggan baru-baru ini.

JAMINAN KOMITMEN

Honda Malaysia memberi jaminan komitmen untuk menangani segala permasalahan berlaku dengan:

  • Menggesa Takata meningkatkan bekalan alat ganti penukaran.
  • Meluaskan stok bekalan daripada pembekal lain seperti Daicel, Autoliv dan TRW.
  • Memastikan bekalan alat ganti penukaran sentiasa siap ada.

BEKALAN ALAT GANTI DAN STOK SIAP ADA

Honda Malaysia kini bekerja bersama Takata Corporation untuk meningkatkan bekalan alat ganti penukaran. Berikut ialah hasil dicapai dan perancangan yang dibuat:

  • Inflator beg udara Takata bahagian PEMANDU sudah mula tiba sejak minggu lalu.
  • Alat ganti akan dipastikan dihantar kepada semua wakil servis seluruh negara secepat mungkin.
  • Honda Malaysia akan mempunyai stok inflator beg udara bahagian PEMANDU 100 peratus menjelang pertengahan Ogos ini (bulan hadapan).
  • Bekalan stok alat ganti penukaran inflator beg udara PENUMPANG DEPAN tidak dapat dipastikan 100 peratus siap ada. Ini disebabkan masalah kekurangan alat ganti peringkat global sejak Mei lalu.
  • Proses penukaran inflator beg udara Takata mungkin dilakukan serentak pada bahagian PEMANDU dan PENUMPANG DEPAN pada satu-satu masa. Ataupun ditukar pada hari berasingan, bergantung kepada stok alat ganti penukaran inflator beg udara bahagian PENUMPANG DEPAN.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

KAPASITI SERVIS

Honda Malaysia juga cuba meningkatkan kapasiti penyenggaraan bagi melancarkan proses panggil balik. Berikut adalah langkah dibuat:

  • Memberikan lebih keutamaan kepada penukaran inflator beg udara.
  • Mengurangkan ambilan kereta untuk temu janji penyenggaraan normal sebanyak 50 peratus bagi memberi laluan kepada proses penukaran inflator beg udara.
  • Bagi pemilik terjejas disebabkan perubahan jadual, Honda Malaysaia sedia melanjutkan tempoh penyenggaraan yang turut membabitkan tempoh waranti.
  • Membuka 3 Hab Sentral sementara untuk meningkatkan kapasiti servis panggil balik. Tiga hab berkenaan akan beroperasi tujuh hari seminggu. Lokasi Hab Sentral akan dimaklumkan kemudian.
  • Membuka Hab Mobil seluruh negara supaya pelanggan lebih senang datang ke lokasi penyenggaraan. Lokasi dan butiran Hab Mobil juga akan diumumkan kemudian.
  • Mewujudkan laman web khas, www.productrecall.honda.com.my supaya pelanggan dapat memahami aliran proses panggil balik. Malah, set jawapan bagi soalan kerap ditanya (FAQ) juga disediakan untuk menangani masalah pelanggan.
  • Kenderaan import Honda juga termasuk dalam liputan penukaran inflator beg udara Takata walaupun tidak dibeli daripada pengedar rasmi. Boleh hubungi mana-mana wakil sah Honda dalam negara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Lebih penting, kos alat ganti dan buruh akan ditanggung Honda.

PEMBERITAHUAN

Honda Malaysia menegaskan akan sentiasa menyampaikan peringatan dan makluman kepada pelanggan mengenai kepentingan menukar beg udara terjejas. Berikut ialah perkara dilakukan Honda Malaysia:

  • Mengirim lebih 240,000 surat kepada pemilik.
  • Mengiklankan kempen dan mengeluarkan siaran media kepada umum.
  • Menyiarkan notis di laman web www.honda.com.my, termasuk mewujudkan carian VIN (nombor casis) bagi kenderaan terjejas di laman web berkenaan.
  • Kempen bergerak di semua aktiviti turun padang dan jelajah bergerak.
  • Menghantar e-mel kepada lebih 126,000 pelanggan.
  • Berkongsi maklumat mengenai panggil balik dalam majalah ‘With Dreams’.
  • Menelefon lebih 2,000 pelanggan.

Pelanggan Honda boleh sentiasa memeriksa status panggil balik kenderaan mereka dengan melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi saja talian bebas tol 1-800-88-2020.

BACA >>> Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

CARTA ALIR PROSES PENUKARAN

PROCESS FLOW (1)- DID YOU RECEIVE A NOTIFICATION LETTER BY HONDA MALAYSIA (YES)
PROCESS FLOW (2)- DID YOU RECEIVE A NOTIFICATION LETTER BY HONDA MALAYSIA (NO)

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beg udara neraka, Beg udara takata, Honda Malaysia, Honda Malaysia mohon maaf, kenyataan media Honda Malaysia, panggil balik beg udara Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev