• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM 250 Adventure (2021) Dikesan dengan Rupa Lebih Jelas

#Spyshot: KTM 250 Adventure (2021) Dikesan dengan Rupa Lebih Jelas

August 6, 2020 By Aryon Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM kini sedang giat menguji model advencer suku liter 250 Adventure (2021) berdasarka foto intip yang bocor di media sosial India.

Model advencer itu dilihat ditunggang dalam seragam kamoflaj yang minimal dan kelihatan seperti berkongsi rekabentuk sama dengan 390 Adventure. Namun apa yang pasti, ciri dan kelengkapan pasti sedikit berbeza, terutama talaan enjin.

BACA >>> #Spyshot: KTM 250 Adventure Dikesan di India dengan Lampu Halogen, Skrin TFT

Sebagai contoh, lampu utama 250 Adventure mungkin menggunakan unit halogen dan bukan LED seperti 390 Adventure. Kotak gear pula mungkin tidak dibekalkan ciri Quick Shifter, manakala kluster instrumen tanpa konektiviti Bluetooth.

Ketiadaan ciri tersebut membolehkan KTM meletakkan harga yang kompetitif untuk 250 Adventure yang diramalkan berharga Rs2.5 lakh (RM13,970). Sebagai perbandingan, 390 Adventure dijual pada harga Rs3.04 lakh (RM16,990)

Aspek mekanikal akan sama seperti 250 Duke, iaitu dipacu enjin silinder tunggal 248.8cc penyejukan cecair berkuasa 29.6hp @ 9,000rpm dan tork 24Nm @ 7,500rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Ciri lain yang akan dimiliki model advencer ini ialah fork terbalik (USD) dan monoshock boleh laras prabeban, manakala sistem brek menggunakan brek cakera tunggal di depan dan belakang. Lampu belakang dijangka menggunakan unit LED, termasuk lampu pengedip, dan dilengkapkan klac antigelincir dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dengan mod Supermoto.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 390 Adventure (2020) Debut di Milan, Ada Harapan ke Malaysia?

* Foto intip yang dikesan Oktober tahun lalu

KTM 390 ADVENTURE (2020)

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Intip, Gambar KTM 250 Adventure, KTM, KTM 250 Adventure (2021), KTM India, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my