• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / myTukar, SISMA Auto Tawar Program Tukar Beli Kereta dengan Volvo Lama atau Baharu

myTukar, SISMA Auto Tawar Program Tukar Beli Kereta dengan Volvo Lama atau Baharu

August 9, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MYTUKAR, platform jualan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia mengumumkan kerjasama pertama seumpamanya dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center.

Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa dengan lebih mudah. Malah, pelanggan yang membeli kereta terpakai Volvo akan mendapat manfaat kerana myTukar akan memastikan pelanggan SISMA Auto mendapat harga jualan terbaik.

BACA >>> myTukar Sedia Skim Pembiayaan RM300j untuk 1,900 Peniaga Kereta Terpakai

BANTU MUDAHKAN JUALAN KERETA PELANGGAN

Logo MyTukar
logo-volvo

Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn Bhd, Jeffrey Ong berkata, pendigitalan dalam perniagaan dan memudahkan pengalaman pembelian pelanggan menjadi semakin penting, terutama pasca Covid-19.

Beliau berkata;

Kolaborasi dengan SISMA Auto SELEKT akan menggabungkan fungsi pembelian sebuah kereta baharu atau terpakai Volvo dan menjual kereta sedia ada pelanggan. Ini memberikan pelanggan pengalaman yang mudah, selamat, telus dan pantas.

“Pada masa sama, kami ingin membantu pelanggan SISMA Auto mendapatkan kereta Volvo idaman mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu bersusah-payah menjual kereta sedia ada pada harga jualan semula setinggi mungkin.

“Visi myTukar adalah merancakkan kembali industri automotif Malaysia menerusi platform teknologi. Kami percaya kerjasama dengan pengedar sah utama seperti SISMA Auto akan dapat menyumbang kepada pembangunan industri automotif secara keseluruhan."

Maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 03-5569 8311. Bagi pelanggan Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 03-2166 5155.

BACA >>> Kereta Terpakai Termurah, Inilah Sebab Kenapa Lelaki Ini Jual Iswara 10 Sen

Related

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Beli Kereta Terpakai, Kereta terpakai, MyTukar, Program Tukar Beli, SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center, Trade-In, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev