• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Xpander Dikesan Jalani Ujian VTA di Putrajaya?

Mitsubishi Xpander Dikesan Jalani Ujian VTA di Putrajaya?

August 6, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

769
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Julai lalu kami melaporkan tentang kelibat Mitsubishi Xpander yang didedahkan pemilik Facebook, Jamaan Abd Rahman. Bagaimanapun masih belum ada kesahihan tentang ketibaan model berkenaan pada saat itu.

Semalam kami terserempak dengan Xpander di Putrajaya, sayangnya tidak sempat untuk mengangkat telefon merakamkan sekeping dua foto intip model tersebut yang sudah jauh di depan.

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Xpander Dikesan di Malaysia, Siap Sedia Lancar Tahun Ini?

Mitsubishi Xpander_7
Mitsubishi Xpander_4

'Xpander Putrajaya' itu menggunakan warna badan kelabu terang. Adakah sedang menjalani Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA)? Ini bermaknanMPV berkenaan memang semakin hampir di Malaysia.

XPANDER MALAYSIA SAMA DENGAN THAILAND?


Berdasarkan pemerhatian mata kasar, 'Xpander Putrajaya' itu mirip model versi Thailand. Jadi ada kemungkinan pasaran Malaysia akan menerima spesifikasi sama seperti negara jiran tersebut yang juga baru melancarkan varian baharu Xpander Cross.

Berbanding Xpander biasa, Xpander Cross memiliki jarak tanah lebih tinggi 25mm dan didatangkan dengan kemasan plastik untuk penampilan gaya crossover.

mitsubishi-xpander-thailand-8
mitsubishi-xpander-thailand-5
mitsubishi-xpander-thailand-6
mitsubishi-xpander-thailand-7
mitsubishi-xpander-thailand-4
mitsubishi-xpander-thailand-1

Antara ciri Xpander Thailand adalah lampu depan multireflektor LED. Ciri LED juga ada pada lampu belakang, lampu signal dan lampu brek ketiga. Juga didatangkan dengan plat skid hitam.

Trenkuasa Xpander dikuasakan enjin 16-injap 1.5L MIVEC DOHC berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm dengan opsyen transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

BACA >>> Berita Gembira!!! Mitsubishi Xpander Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

MPV 7-kerusi ini menawarkan penyaman udara di tempat duduk baris kedua yang juga ada perehat lengah di tengah. Kerusi pula boleh dilipat 60:40 untuk barisan kedua dan 50:50 untuk barisan ketiga. Material kerusi daripada jenis fabrik dengan ciri pelarasan ketinggian sebelah pemandu. MPV ini juga dibekalkan sistem kunci pintar (keyless).

Ada pemegang cawan untuk penumpang di tempat duduk barisa ketiga yang juga juga tersedia tiga soket kuasa DC 12V dengan empat pembesar suara.

Sistem suspensi jenis strut MacPherson di depan, dan torsion beam di belakang. Ciri keselamatan terdiri daripada Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Sistem Kawalan Traksi (TRC), Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), ISOFIX, dua beg udara dan lain-lain.

DIPASANGKAN DI PEKAN, PAHANG

Xpander khabarnya akan dipasang tempatan (CKD) di kilang Mitsubishi di Pekan, Pahang. Persoalannya bilakah Xpander akan masuk Malaysia? Mengikut perkiraan kami, sekarang sudah suku ketiga dan MMM dijangka memperkenalkan Xpander pada suku keempat tahun ini.

Di Thailand, Xpander dijual pada harga bermula 789,000 baht (RM106,260). Berapakah pula harga Xpander di Malaysia?

BACA >>> 15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran

Related

769
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Imej Intip, Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Xpander, Mitsubishi Xpander Malaysia, Spyshot

Comments

  1. leekahseng says

    August 10, 2020 at 4:49 PM

    very good car alist can trying but i will ask my friends to enjoy this car

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev