• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Bezza (2016)

9 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Perodua Bezza (2016)

July 13, 2016 By Han Othman 10 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perodua bezza
SELEPAS foto hadapan dan belakang, kini giliran brosur Perodua sedan pula berlegar-legar di media-media sosial. Jadi, memang sah beberapa maklumat spesifikasi yang didedahkan beberapa sumber. Dikenali sebagai Perodua Bezza, nama itu sendiri sebenarnya diambil daripada model konsep Perodua yang didedahkan di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010.

Sedia maklum juga, Perodua Bezza atau dikenali sebagai Perodua Sedan sebelum ini bakal dilancarkan pada 21 Julai 2016. Sebelum menanti hari pelancaran, apa kata kita kenali dahulu ciri-ciri menarik Perodua Bezza.

perodua-bezza-ii
perodua-bezza-iii

1. DUA PILIHAN ENJIN

Perodua Bezza hadir dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L. Bagi enjin 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, ia menghasilkan kuasa sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan tork 91Nm (4,400rpm). Manakala enjin 1.3L dijana enjin 1NR-VE dengan Dual VVT-i berkuasa 94hp (4,400rpm) dan tork 121 (4,000rpm).

2. TAMPIL 3 VARIAN

Perodua Bezza tampil dengan tiga varian; Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).

Jenis transmisi ialah automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan, tetapi varian Bezza Advance cuma ada transmisi automatik sahaja.

3. CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD). Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

4. SISTEM MULA-HENTI

Perodua Bezza bakal memperkenalkan sistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

BACA>>> Gambar Belakang Perodua Sedan Tampak Awesome!!!

Perodua Sedan Belakang_Pandulajudotcomdotmy5. TEKNOLOGI TERKINI

Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.

Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan 'Smart Link' berserta kamera undur.

6. TERIMA 5-BINTANG ASEAN NCAP

Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima penarafan keselamatan 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

7. WARANTI 5 TAHUN

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

8. PRAKTIKALITI

Tidak juga dilupakan aspek praktikaliti yang sinonim dengan model Perodua, di mana konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.

9. HARGA KOMPETITIF

Bagaimana pula harga? Jika lihat pada brosur dilampirkan, Perodua turut nyatakan harga Perodua Bezza adalah mampu milik. Ya, harga Perodua Bezza berada sekitar RM37,300 hingga RM50,800.

Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami pada 21 Julai ini sebaik saja model sedan ini dilancarkan.

perodua-bezza-i

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Sedan, spesifikasi Perodua Bezza

Comments

  1. Promosi Bezza Terkini says

    August 6, 2016 at 8:54 PM

    Sesiapa berminat nak beli bezza boleh call saya 012-4177 860

    Reply
    • Azmi says

      April 2, 2017 at 1:02 PM

      Brp harga bulanan utk BEZZA ADVANCE 1.3L (AUTO).? Tku.

      Reply
  2. abdul hadi says

    August 19, 2017 at 10:27 PM

    Kenapa bila parking dann tarik handbreak injin hidup semula bagi bezza advancea

    Reply
  3. abdul hadi says

    August 19, 2017 at 10:31 PM

    Kenapa beza 1.3 advance bila sampai rumah parking . Tolak gear P enjin hidup kembalip

    Reply
  4. abdul hadi says

    August 22, 2017 at 8:07 AM

    [email protected]

    Reply
  5. Jayatha says

    September 21, 2017 at 11:38 AM

    Kelajuan naik bukit sekiranya ada 4 penumpang?

    Reply
  6. Syah says

    November 13, 2017 at 9:03 PM

    Bagaimana kita nak tahu suhu@tempature bezza?

    Reply
  7. assan wijiarto says

    April 1, 2018 at 4:17 PM

    Apa fungsi tanda A hijau dekat meter?
    kenapa kdg ada bunyi bising ..dkt blkg...tak selalu..dia pndi on off

    Reply
  8. anitha says

    April 18, 2018 at 12:43 PM

    kenapa bezza streing kalau bawa laju sikit terus jadi keras.... susah sgt nk control.... nk buat mcm mana

    Reply
  9. Maidin says

    January 30, 2019 at 12:07 PM

    Kenapa bezza tak stabil bila bawa 90km/j keatas? Kenapa bergoyang bila kereta lain / lori lalu disebelah?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev