• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Uji Repsol Honda, Bradl Ganti Marquez di GP Brno

Penunggang Uji Repsol Honda, Bradl Ganti Marquez di GP Brno

August 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI kita sedia maklum, Marc Marquez mungkin terpaksa menguburkan impiannya untuk bergelar juara dunia selepas terpaksa menjalani pembedahan kali kedua, Isnin lalu dengan mengesahkan tidak akan berlumba di GP Brno, Republik Czech.

Sebagai ganti, Repsol Honda memutuskan mengetengahkan penunggang uji Stefan Bradl untuk berlumba bersama Alex Marquez di GP Brno nanti.

BACA >>> Puig: Apa Guna Jadi Juara Dunia Tanpa Cabaran Marquez

Stefan Bradl_2
Stefan Bradl_4

Walaupun bukan daripada kalangan pelumba bintang, tetapi Bradl memiliki rekod masa yang baik di Brno. Beliau pernah tiga kali mendapat kedudukan 10 terbaik di litar tersebut daripada tujuh penampilan dalam kelas MotoGP dan hanya sekali gagal meraih mata.

Ini bukan kali pertama pelumba Jerman itu berlumba bersama Repsol Honda. Musim lalu, beliau pernah menggantikan Jorge Lorenzo sebanyak tiga perlumbaan dengan pencapaian terbaik menamatkan perlumbaan dalam ranking 10 terbaik, iaitu di GP Sachsenring, Jerman.

Kesempatan yang jarang berlaku ini pasti akan dimanfaatkan Bradl sebaiknya. Pelumba berusia 30 tahun itu turut mengharapkan Marquez cepat pulih kerana apa dilakukan di Jerez adalah luar biasa yang menunjukkan jiwa sebenar seorang juara.

Bradl berkata;

Stefan Bradl_1
Stefan Bradl_3

 

Aku nantikan peluang menunggang kembali (Honda) RC213V, sayangnya kerana pandemik global, kami tak dapat uji macam biasa sampai perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan motor tu lagi. Tapi, aku pernah ride motor tu beberapa kali, jadi aku tahu tahap kecergasan diri.

"Ini cabaran yang aku nantikan, tampil dengan Repsol Honda adalah penghormatan besar dan aku gembira dapat bantu Honda sejauh ini. Sekarang mari kita lihat hujung minggu ini."

BACA >>> Tiada Aksi Marquez di GP Brno, Kena Bedah Kali Kedua Tukar Plat Besi Baharu

SUMBER: MotoGP

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Auto Terkini, GP Brno, Honda, Marc Marquez, Marc Marquez Dibedah, Pasukan Repsol Honda, roda2, Stefan Bradl

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev