• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Citroen Grand C4 Picasso - RM189,888

BERITA AUTO: Citroen Grand C4 Picasso - RM189,888

July 10, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Citroen Grand C4 PicassoSELEPAS membuka tempahan dua minggu lalu, Naza Euro Motors, pengedar jenama Citroen di Malaysia kini mengumumkan Citroen Grand C4 Picasso dijual pada harga RM189,888 (atas jalan termasuk insurans) yang boleh didapati di mana-mana bilik pameran seluruh negara.

Grand C4 Picasso adalah model Citroen diesel pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan yang hadir dengan gaya impresif.  Ia juga mengetengahkan imej mempesonakan selalin memiliki ruangan kabin yang lebih luas. Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan. Tidak ketinggalan, rekaan belakang turut menerima pembaharuan.

Ruangan dalaman pula, Grand C4 Picasso menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama.

Ia turut dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi, kamera undur dan tempat duduk pemandu serta penumpang dengan fungsi urut. Lebih membanggakan, model ini pernah meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Tahunan dan MPV Terbaik daripada UK Car Of The Year.

Dalam pada itu, Naza Euro Motors mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 600 unit berbanding tahun lalu. Semenjak Naza Euro Motors menjadi pengedar jenama Citroen di Malaysia tahun lalu, ia berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 55 peratus.

Selain itu, ia turut bakal melancarkan pusat pameran terbaharu di kawasan Lembah Klang menjelang suku ketiga tahun ini. Maklumat lanjut, layari https://www.citroen.com.my atau hubungi talian bebas di 1800 222 808.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Citroen, Citroen Grand C4 Picasso, Naza Euro Motors, www.citroen.com.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev