TOYOTA Land Cruiser Prado (2021) baru saja diperkenalkan di Jepun yang tampil dalam versi baharu dengan menerima beberapa penaiktarafan.
Pertama adalah naik taraf enjin. Walaupun masih lagi mempertahankan enjin 2.8L 4-silinder diesel, tetapi pengecas turbo pada versi 2021 dibuat lebih besar. Hasilnya, output lebih tinggi dari 175hp menjadi 201hp. Ada kemungkinan bahawa Land Cruiser Prado (2021) di pasaran lain akan menerima penambahbaikan yang sama.
Pakej keselamatan Toyota Safety Sense ditambah dengan sejumlah ciri seperti amaran pra perlanggaran dengan pengesan pejalan kaki pada waktu malam, Amaran Tukar Lorong dengan gegaran roda pada stereng dan lain-lain. Varian Land Cruiser Prado TZ-G dan TX juga mempunyai pilihan tambahan Amaran Lalu Lintas Belakang.
Beberapa pilihan tambahan dalam kabin yang ditawarkan termasuk sistem infotainment bersaiz 9-inci dengan ketersambungan telefon pintar. Versi TZ-G pula didatangkan dengan pedal shifter tambahan bersama transmisi 6-kelajuan automatik. Selain naik taraf peralatan, Toyota Land Cruiser Prado (2021) juga ditawarkan dengan edisi khas Black Edition.
Ditawarkan pada varian TX, Land Cruiser Prado Black Edition menampilkan hiasan lebih gelap pada bahagian luaran dan dalaman. Bahagian luar Land Cruiser Prado Black Edition menampilkan padanan hitam berkilat pada gril dan bumbung sementara lampu depan dan lampu belakang digelapkan.
BACA>>>Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?
Selain itu, perumah lampu kabus dan penutup cermin pandang belakang dicat hitam. Rim aloi 18-inci menyempurnakan penampilan keseluruhan SUV tersebut. Seluruh tombol kawalan dalam kabin dihiasi dengan warna hitam bersama aksen perak. Di Jepun, harga Toyota Land Cruiser Prado (2021) bermula dari $34,250 (RM143,867) bagi standard hingga $40,300 (RM169,280) untuk Black Edition.
Sementara itu, pasaran Vietnam baru saja menerima Toyota Land Cruiser Prado (2020) pada bulan Jun. Tidak banyak perbezaan gaya antara kedua model tersebut. Dari segi dimensi, Land Cruiser Prado mempunyai ukuran panjang (4,825 mm), lebar (1,885mm) dan tinggi (1,850mm) dengan jarak roda (2,790mm) dan jarak kelegaan tanah (220mm).
Bahagian depan Land Cruiser Prado didatangkan dengan gril 5-bar bersama kemasan krom bahkan pembahagi gril turut dilapisi dengan krom. Bampar depan lebih berotot dipadankan dengan lampu projektor LED bersama lampu nyala siang (DRL) dan bentuk lampu kabus lebih tajam.
BACA>>>#RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
Bahagian dalam Land Cruiser Prado (2021) masih sama dengan model sebelumnya termasuklah stereng 4-jejari bersama butang kawalan, skrin sentuh infotainmen, pendingin udara 3-zon, sistem audio 9-pembesar suara, stereng berkuasa elektrik 10-arah.
Ciri keselamatan pula antaranya 7-beg udara, kamera undur, Kawalan Kruise, Sistem Kawalan Traksi, Sistem Keselamatan Elektronik dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Eletronik (EBD).
BACA>>>15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran
BACA>>>Bentley Bentayga (2020) - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!
GALERI
Leave a Reply