• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R 1250 RS (2021) Tawar Pembaharuan dengan Pilihan Pakej Option 719 Shadow

BMW R 1250 RS (2021) Tawar Pembaharuan dengan Pilihan Pakej Option 719 Shadow

August 4, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INILAH imej pertama sport touring BMW R 1250 RS (2021). Sebahagian besar perubahan adalah dalam bentuk opsyen dan apa yang ada dalam ciri standard. Bagaimanapun masih banyak perlu diketahui tentang model RS baharu ini.

Selain mematuhi regulasi Euro 5, perubahan paling ketara ialah ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai standard dan mod tunggangan Riding Modes Pro yang disertakan bersama Kawalan Tork Drag (Drag Torque Control, DTC) sebagai sebahagian pakej elektronik dengan Core Screen Sport yang memaparkan hitungan rev, dan maklumat sudut miring ketika membelok.

BACA >>> BMW R 1250 R dan BMW 1250 RS Jengah Pasaran Malaysia, Harga Mula RM102.5k

Pilihan warna Austin Yellow Metallic Matte didatangkan dengan frem badan hitam kusam. Juga ada dalam kemasan Option 719 Stardust Metallic yang disertakan bersama komponen baharu menerusi pakej Option 719 Shadow, yang terdiri penutup enjin dan kepala silinder dalam kemasan hitam/perak anod.

Pakej alat ganti kisar (milled) Option 719 Shadow II pula mendapat beberapa item baharu seperti tuil tangan, peg kaki, tuil klac dan penutup tangki minyak dalam kemasan hitam/perak anod. Versi Storm dan Storm II daripada pakej Option 719 Shadow kini mempunyai barisan item yang sama, cuma kemasan saja berbeza.

Jika sukakan pakej alat ganti kisar (milled) Option 719 HP, anda mungkin sedikit kecewa dengan model 2021 ini. Ini kerana pakej itu sudah tidak ditawarkan seperti pelana Option 719  dan silenser HP. Bagaimanapun, BMW menawarkan silenser Sports baharu. Buat masa ini harga jentera masih belum diketahui.

BACA>>>#Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa

SPESIFIKASI

BMW R 1250 RS (2021)

ENJIN: 1,254cc DOHC Horizontally opposed twin penyejukan cecair dan udara
KUASA DAN TORK: 136hp @ 7750rpm, 142Nm @ 6250 rpm
KELAJUAN MAKSIMUM: 201+kmj
TRANSMISI: manual 6-kelajuan sirat malar (constant-mesh), klac gelincir aktuasi hidraulik
FREM: Besi tubular bersambung bridge-type
SUSPENSI: Fork terbalik (USD) 45mm tidak boleh laras dengan travel 5.5 inci (depan); BMW Evo Paralever dan strut dengan absorber boleh laris prabeban dengan travel 5.5 inci (belakang)
BREK: Dwi-cakera apung 320mm dengan kaliper 4-piston (depan); Cakera 276mm dengan kaliper apung 2-piston
JARAK RODA: 1529mm
TINGGI PELANA: 820mm
KAPASITI MINYAK: 18 liter
BERAT KERB: 243kg
WARNA:

  • Black Storm Metallic
  • Style Sport: Austin Yellow Metallic Matte
  • Style Exclusive: Imperial Blue Metallic
  • Option 719 Sparkling Bronze Metallic
GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW R 1250 RS (2021), Option 719 Shadow, roda2, sport-touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev