• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 Facelift dengan Warna, Grafik Baharu, Harga RM5k

Yamaha Indonesia Lancar Jupiter Z1 Facelift dengan Warna, Grafik Baharu, Harga RM5k

August 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia rasmi memperkenalkan Jupiter Z1 (Malaysia: Lagenda) versi dipertingkat (facelift) dengan warna dan grafik baharu.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Metallic Blue (biru), Metallic Red (merah) dan Metallic Black (hitam) dengan penampilan lebih sporty menerusi rekaan grafik terkini. Strip putih ditambah pada rim untuk model biru dan merah.

BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?

Yamaha Jupiter Z1 (2020)_1
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_2

Kemas kini baharu itu dibuat berdasarkan maklum balas pengguna Indonesia yang sukakan tiga warna tersebut. Ini dapat dilihat pada rekaan grafik dan fon Jupiter Z1 yang menyerlahkan karakter perlumbaan jalanan (street racing).

Selain menambah baik penampilan, Jupiter Z1 (2020) masih mengekalkan teknologi suntikan bahan api dan piston tuangan yang menyumbang kepada prestasi enjin lebih kukuh dan jimat minyak, termasuk menambah baik rekabentuk badan dengan sistem saluran udara bagi meningkatkan ciri aerodinamik.

Yamaha Jupiter Z1 (2020)_6
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_5
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_8

Timbalan Pengurus Besar PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yordan Satriadi berkata;

Tahun ini kami memperkenalkan warna dan strip baharu Jupiter Z1 dengan ciri sporty moden. Kelasakaan, penjimatan dan kehebatan model ini dengan teknologi terkini adalah pilihan terbaik pengguna dalam kategori kapcai untuk membantu aktiviti menunggang harian."

Jupiter Z1 facelift dijana enjin 113.7cc berkuasa 9.92hp dan tork 9.8Nm, manakala harga Rp18,110, 000 (RM5,210).

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

GALERI
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_8
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_1
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_2
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_4
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_5
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_6
Yamaha Jupiter Z1 (2020)_7

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kapcai, Moped, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Rekaan Grafik, roda2, Warna Baharu, Yamaha, Yamaha Jupiter Z1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev