• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lakaran Volkswagen Caddy Mini-Camper Didedahkan, Van Praktikal Buat Kaki Khemah

Lakaran Volkswagen Caddy Mini-Camper Didedahkan, Van Praktikal Buat Kaki Khemah

August 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAKARAN konsep Volkswagen Caddy Mini-Camper baharu didedahkan yang dibina berasaskan Mk5 Caddy dengan menampilkan rekabentuk kabin berserta katil baharu dan bumbung panoramik kaca.

Lakaran konsep ini adalah penampilan rasmi pertama Volkswagen Caddy Mini-Camper baharu. Pengganti kepada Caddy Beach lama ini menampilkan kemas kini kemudahan dan kelengkapan tambahan. Van kamper itu dijangka membuat debut pada September nanti sebelum mula dijual akhir tahun ini.

Caddy Mini-Camper dibina berasaskan platform sama seperti van panel Caddy generasi kelima. Jadi, model ini menggunakan casis dan trenkuasa sama, iaitu enjin petrol 3-silinder 1.0L pengecas turbo (114hp), atau enjin diesel 4-silinder 2.0L (74hp, 101bhp atau 120bhp).

Luaran Caddy Mini-Camper nampak hampir sama dengan kenderaan utiliti sukan (MPV) Caddy standard menerusi rekaan rim aloi sama, lampu depan LED, lampu belakang vertikal, rel bumbung dan bumbung panoramik kaca 1.4 meter persegi.

Bagaimanapun, Volkswagen melakukan penambahbaikan serius ke atas kabin Caddy. Kerusi belakang MPV standard itu ditukar menjadi tempat tidur lipat sepanjang dua meter, manakala semua tingkap belakang termasuk bumbung kaca dipasangkan langsir untuk mengelak bahang matahari.

Pembeli juga menerima kerusi dan meja khemah boleh lipat daripada California yang boleh disimpan dalam beg bawah katil. Ada juga banyak kelengkapan sokongan tambahan seperti rak bumbung dan anjung(awning) boleh tanggal. Malah, tempat tidur boleh ditanggalkan sepenuhnya untuk menukarkan ia menjadi van semula.

BACA >>> Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!

Seperti Caddy standard, Caddy Mini-Camper didatangkan dengan unit infotainment MIB3 terbaharu dengan skrin tengah bersaiz hingga 10 inci. Ada juga banyak ciri keselamatan seperti bantuan sisi, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan sistem Bantuan Trailer (TA) yang memudahkan pemandu mengendalikan unit trailer yang dibawa.

BACA >>> Lakaran VW Caddy (2020) Didedah, Van Komersial dengan Rekabentuk Mengancam

SUMBER: AutoExpress

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Camper Van, Roda4, Van, van kamper, Volkswagen, Volkswagen Caddy, Volkswagen Caddy Mini-Camper, Volkswagen Mk5 Caddy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev