SELEPAS Kawasaki ZX-25R 4-silinder debut di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, banyak spekulasi timbul daripada pesaing Jepun lain utnuk segmen sporbike suku liter itu. Khabar tentang pembangunan CBR250RR dengan enjin 4-silinder dimulakan portal automotif Jepun Young Machine pada April lalu.
Bagaimanapun, berita itu masih belum ada kesahihan itu hanya spekulasi Young Machine yang sengaja dikecohkan, siap dengan imej janaan komputer (CG) dan nama model CBR250RR-R 4-silinder.
BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?
Seperti mana kita tahu, pasaran dua roda di Indonesia begitu besar hingga pengeluar Jepun memilih negara jiran itu untuk melancarkan pelbagai model global, dan Ninja ZX-25R adalah salah satu daripada produk itu. Jadi tidak hairan ada berita terkini mendakwa CBR250RR-R dengan enjin 4-silinder sedang dibangunkan di Indonesia
Honda kerap menjadi peneraju dalam segmen motosikal suku liter. Misalnya, sejarah kelahiran NSR250, kemudian CBR250RR SP yang masing-masing untuk kelas 250cc 2-lejang dan satu lagi 2-silinder.
Tentunya kehadiran Ninja ZX-25R meninggalkan jurang besar dalam segmen 250cc dari segi enjin dan teknologi. Honda pasti tidak akan berdiam diri kerana segmen 250cc menjadi penanda aras untuk pengeluar menunjukkan kehebatan masing-masing dengan teknologi dan trenkuasa dimiliki.
Walaupun pasaran segmen ini tidak banyak memberikan keuntungan, tetapi lebih cenderung kepada saingan kehebatan. Seperti mana era 80-an dulu ketika semua pengeluar membuka pasaran baharu dan pesaing lain akan turut serta. Termasuk pertempuran kelas 250cc dengan enjin 4-silinder ini. Adakah andaian itu ada kebenarannya?
BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?
PROJEK 4-SILINDER DIHIDU MEDIA PERMOTORAN
Walaupun sebelum ini hanya sekadar spekulasi tetapi portal negara jiran mula menghidu sesuatu di Indonesia berdasarkan beberapa status dimuat naik sebelum ini yang menunjukkan Honda mula membahaskan projek 4-silinder 250cc. Ini bermakna ada kemungkinan kajian sudah memasuki peringkat lebih serius.
Difahamkan PT Astra Honda Motor (AHM) sudah mula mencari vendor sokongan untuk projek jangka panjang itu. Projek itu pasti mengambil masa lama seperti mana Ninja ZX-25R. Tidak mustahil Indonesia dipilih sebagai hab pembangunan enjin 4-silinder 250cc baharu kerana CBR250RR sedia ada dan terdahulu pernah dibangunkan di republik itu.
Hal ini dibuktikan kejayaan kelahiran CBR250RR ( K64A) dan diteruskan CBR250RR SP (K64J) yang mana alat ganti dieksport ke negara luar. Jika benar, jentera empat dapur Honda bakal diperkenalkan sekitar 2023-2024 atau mungkin lebih awal lagi.
BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k
SUMBER: IwanBanaran
Jan says
Kalau keluar kat indonesia sekalipun, rasanya x kan masuk malaysia sebab harga dah x munasabah. kat sana harga motor besar terlalu mahal, jadi orang berminat nak beli 250cc 4 silinder.
kalau di malaysia, lebih baik terus beli 600-700cc.