DAHULU, kereta hibrid membawa maksud kereta dengan dua sumber kuasa berbeza, iaitu enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel yang bekerja dengan motor elektrik.
Tetapi sekarang teknologi hibrid-ringan (mild-hybrid) muncul. Sistem ini memiliki perbezaan besar yang mana motor elektrik dalam hibrid konvensional dapat menggerakkan kereta, sebaliknya motor hibrid-ringan tidak boleh dan sekadar membantu enjin.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kereta Hibrid yang Perlu Anda Tahu
Bagaimana Sistem Hibrid-Ringan Bekerja?
Hibrid-ringan terdapat dalam beberapa konfigurasi, tetapi biasanya didatangkan menerusi pek bateri kecil yang bekerja dengan bateri 12V dan biasanya ada pada semua kereta pembakaran konvensional. Selalunya, ia sistem 48V gabungan generator-penghidup (starter-generator) yang berfungsi sebagai penghidup motor dan bank kuasa (power bank) untuk membantu enjin.
Hasilnya, unit ini membekalkan tenaga dalam situasi tertentu, seperti ketika tidak memijak pedal minyak. Ini membantu menarik sedikit beban daripada enjin, sekali gus membantu menjimatkan bahan api dan menurunkan kos operasi. Terdapat sedikit manfaat untuk pecutan juga.
Ada kenderaan hibrid-ringan elektrik (MHEV) memiliki fungsi yang membolehkan enjin mati sendiri ketika dipandu secara luncur (cruiise). Namun dalam situasi apa pun, teknologi MHEV akan menghidupkan semula enjin secara automatik apabila pemandu sudah bersedia bergerak atau memijak pedal.
Seperkara penting bagi semua model hibrid-ringan, ia tidak boleh digerakkan dengan sistem elektrik sahaja. Jika masih mahukan fungsi itu, anda perlukan kenderaan jenis hibrid penuh atau hibrid plug-in (PHEV).
Adakah Fiil Memandu Hibrid-Ringan Berbeza?
Tidak secara drastik. Sebilangan besar sistem akan meningkatkan ciri start-stop kereta. Jadi anda boleh berhenti tanpa tenaga enjin, dan bukan mematikan enjin pada saat terakhir. Enjin akan menggerakkan kereta, tetapi bateri dapat membantu pecutan dan mungkin membrek rasa sedikit berbeza, jika didatangkan dengan brek regeneratif.
Adakah Terdapat Potensi Manfaat Lain?
Ada satu pengeluar sedang membangunkan sistem 48V untuk mengurangkan pelepasan nitrogen-oksida daripada kereta diesel hingga 60 peratus, iaitu dengan memanaskan pengubah pemangkin (catalytic converter) secara elektrik lebih cepat daripada dilakukan enjin kereta.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN HIBRID-RINGAN
PRO
- Lebih ringan daripada hibrid konvensional
- Pemasangan murah
- Rendah emisi
KONTRA
- Pencemaran lebih banyak daripada hibrid
- Tiada peningkatan besar dalam penjimatan
- Jarak pendek
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply