BERLUMBA mungkin terapi terbaik bagi sesetengah orang, dan anda memerlukan lebih daripada sekadar jentera yang pantas untuk berada di depan. Anda perlukan keberanian, kepintaran, kelicikan dan kemahiran individu hebat untuk menjadi terbaik antara terbaik. Ya, ini bukan kerja mudah.
Dan apabila anda menjadi Juara Dunia, semestinya anda akan menjadi inspirasi kepada generasi demi generasi pelumba baharu. Portal permotoran DriveMag menyenaraikan lima daripada sekian ramai pelumba yang kini menjadi inspirasi anak-anak muda untuk menjadi pelumba handalan dunia.
1. GIACOMO AGOSTINI, 77 (MV Agusta, Yamaha)
Nama timangan Giacomo Agostini ialah 'Ago' (bermaksud jarum). Berasal dari Itali, bekas pelumba Grand Prix ini (sekarang MotoGP) merekodkan kemenangan dan gelaran juara dunia paling banyak, iaitu 122 kemenangan GP, dan 15 gelaran Juara Dunia. Jumlah 68 kemenangan dan 8 kali juara itu diperoleh dalam kelas 500cc, dan selebihnya 350cc.
Dari 1968-1972, Agostino menang dua gelaran Juara Dunia dalam kelas 350cc dan 500cc. Malah, beliau hampir menang setiap perlumbaan disertai untuk lima musim berturut-turut. Dan ketika itu beliu dicabar hebat pelumba seperti Jim Redman dan Mike Hailwood.
Aku fikir aku dilahirkan untuk berlumba. Masa kecil dulu, apa yang aku boleh fikir adalah kerja aku adalah menunggang motosikal dan bersaing dalam perlumbaan.
"Aku mula dengan gymkhana (sama seperti autocross), beberapa pertandingan kecil sebab abah tak bagi masuk perlumbaan besar. Dia selalu cakap itu terlalunbahaya, dan dia tidak akan tandatangan borang kebenaran yang diperlukan."
Agostini turut bertanding dalam kejuaraan Isle of Man TT dengan merekodkan kemenangan 10 kali, dan salah seorang pesaingnya dalam TT adalah Hailwood, juga seteru sama dalam GP.
Beliau berlumba menggunakan jentera MV Agusta sebelum menyertai Yamaha pada 1974. Beliau juga pernah menunggang bersama pasukan Moto Morini dan Suzuki dalam GP.
BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad - Yamaha 125 yang Revolusioner!
2. VALENTINO ROSSI, 41 (Yamaha, Ducati, Honda, Aprilia)
Pelumba senior Valentino Rossi atau gelaran The Doctor masih lagi berlumba dalam MotoGP walaupun sudah berusia 41 tahun. Juara Dunia MotoGP sembilan kali dengan tujuh gelaran dalam kelas premier manakala selebihnya dalam kelas 250cc dan 125cc. Rekod itu tidak akan terhenti sehinggalah Rossi meninggalkan arena MotoGP.
Aku ialah Valentino Rossi. Dan aku nak jadi seseorang, bukan ikon. Aku berlumba untuk menang. Tak kira aku atas motor atau kereta, ia tetap sama.”
Secara keseluruhan, Rossi mencatatkan 115 kemenangan dan masih berpeluang memecahkan rekod Agostino. Rekod lain dilakarkan pelumba Itali ini ialah juara dalam GP dalam pelbagai konfigurasi enjin daripada 2-lejang 125cc, 250cc dan 500cc, hingga juara 4-lejang 800cc.
Sepanjang karier sebagai pelumba GP dan MotoGP, Rossi pernah meraih kemenangan bersama Aprilia, Honda dan Yamaha.
3. GUY MARTIN, 38 (Honda, Suzuki, BMW)
Guy Martin adalah pelumba British yang terkenal dalam aksi Isle of Man TT dan beberapa pertandingan lain di Britain. Beliau merekodkan 17 kemenangan dalam kejuaraan Tourist Trophy itu, dan pernah dua kali mengalami patah tulang belakang, iaitu pada aksi Isle of Man TT 2020 dan Ulster GP 2015.
Namun, insiden itu tidak menghalangnya daripada terus berlumba. Pada 2017, Martin kembali semula di Isle of Man TT, tetapi kemalangan seawal pusingan pertama dengan jentera RST memaksa beliau bersara daripada arena perlumbaan.
Berlumba bagus untuk aku, tapi aku sudah bosan. Awal perlumbaan kau akan habiskan masa dengan persediaan untuk musim itu - ujian, berlumba, sembang pasal tu, dan buat benda sama sekali lagi. Dah macam Groundhog Day. Inilah masa untuk berhenti."
Selain Isle of Man TT dan Ulster GP, Martin pernah bersaing dalam Northwest 200 dan Tandragee 100. Sepanjang karier, beliau pernah berlumba dengan jentera Honda, Suzuki dan BMW.
BACA >>> #RetroAuto: Seat Potong Pernah Jadi Trend Ranking Atas Mat Motor 90-an!
4. MARCO SIMONCELLI (Gilera, Honda)
Marco Simoncelli ialah pelumba MotoGP dan terlibat dalam kejuaraan dunia itu selama sedekad (2002-2011). Dia menjuarai kelas 250cc MotoGP pada 2008 dengan menunggang Gilera. Kemudian, berpindah ke kelas MotoGP pada 2010 dan berlumba selama dua tahun hingga 2011.
Malang tidak berbau apabila beliau hilang kawalan ke atas jentera Honda RC212V dalam aksi di GP Sepang yang meragut nyawanya. Insiden itu mengejutkan peminat sukan permotoran seluruh dunia pada 23 Oktober 2011.
BACA >>> Berapakah Beza Kuasa Honda CBR250RR vs Yamaha R3 Atas Mesin Dyno?
5. MICK DOOHAN, 54 (Honda)
Mick Doohan ialah bekas pelumba GP yang merekodkan gelaran Juara Dunia sebanyak lima kali berturut-turut dalam kelas 500cc (1994-1998). Walaupun dia bukanlah pelumba atasan yang mengumpul banyak gelaran Juara Dunia, namun dominasi kemenangan lima tahun berturut-turut itu hanya berada di bawah Agostini (tujuh kali berturut-turut).
Doohan berkongsi rekod itu (juara lima kali) dengan Rossi, manakala Marc Marquez baru empat kali meraih gelaran Juara Dunia dalam kelas premier.
Sepanjang 11 tahun bergelumang dalam GP, Doohan hanya berlumba bersama pasukan Honda, dan malangnya perlu bersara selepas mengalami kemalangan pada ujian kelayakan di GP Sepanyol 1999.
Aku pernah fikir semua pelumba ni gila. Kau berlumba mengelilingi trek pada kelajuan tertentu.”
SUMBER: DriveMag
Leave a Reply