• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure Sempena Aniversari GS ke-40

BMW F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure Sempena Aniversari GS ke-40

July 18, 2020 By Wahid Leave a Comment

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad
memperkenalkan barisan model BMW F 750 GS dan F 850 GS 40th Anniversary yang dikeluarkan khas sempena meraikan ulang tahun ke-40 sejak pengenalan model R80G/S pada 1980.

R80G/S ialah model yang memulakan segmen motosikal dwi-guna (dual-sport). Name 'G/S' yang ditukar kepada 'GS' sekarang adalah singkatan untuk 'Gëlande/Straße' dalam Bahasa Jerman yang bermaksud 'off-road/road'. Nama itu memberikan gambaran model ini boleh digunakan atas jalan lasak dan jalan tar.

BACA >>> Tayar Belakang BMW GS Kena Curi di Tengah Kota London

BMW R80G/S (1980)

R80G/S kemudian diubah suai dan menyertai perlumbaan lasak dunia iaitu Rali Paris-Dakar dan memenangi kejuaraan itu pada 1981, 1983, 1984 dan 1985. Di sinilah populariti model 'GS' terpahat dalam dunia motosikal.

BMW F 850 GS dan F 850 GS 40th Anniversary
BMW F 750 GS 40th Anniversary

Mengenai barisan 40th Anniversary, model ini terdiri daripada F 750 GS, F 850 GS dan F 850 GS Adventure. Semua model khas ini dilengkapi warna kuning dan hitam pada badan, gad tangan dan pelana pembonceng.

F 750 GS dan G 850 GS menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 853cc (dengan aci engkol 270º) yang sama. Namun,  diberikan tetapan enjin berbeza. Enjin F 750 GS menghasilkan kuasa 77hp @ 7,500rpm dan tork 83Nm @ 6,000rpm, manakala enjin F 850 GS berkuasa 95hp @ 8,250rpm dan 92Nm @ 6,250rpm.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Tentang BMW X5 xDrive45e M Sport yang Perlu Anda Tahu

Perbezaan kuasa adalah kerana F 750 GS ditala tunggangan atas jalan, termasuk off-road yang tidak terlalu ekstrem. Sebaliknya, F 850 GS lebih cenderung kepada tunggangan fokus off-road. Model ini jugalah yang digunakan untuk BMW Motorrad International GS Trophy yang berlangsung di New Zealand awal tahun ini.

Pembeli juga boleh ditawarkan opsyen Pro Riding Modes yang bekerja secara langsung dengan respon terotel diperhalusi. Ciri elektronik baharu lain terdiri daripada Kawalan Brek Enjin Dinamik (DEBC) dan Kawalan Brek Dinamik (DBC).

Tiga model ini didatangkan dalam pilihan warna selain warna khas sempena ulang tahun.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

GALERI
BMW F 750 GS
BMW F 750 GS-3
BMW F 750 GS-2
BMW F 750 GS-1
BMW F 850 GS
BMW F 850 GS-2
BMW F 850 GS-3
BMW F 850 GS-1
BMW F 850 GS Adventure
BMW F 850 GS Adventure-2
BMW F 850 GS Adventure-1
BMW F 850 GS Adventure-3

Related

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW 750 GS 40th Anniversary, BMW F 750 GS, BMW F 750 GS Anniversary, BMW F 850 GS, BMW F 850 GS Adventure, BMW F 850 GS Adventure 40th Anniversary, BMW F 850 GS Adventure Anniversary, BMW F 850 GS Anniversary, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev